Apa itu Chicken pox?
Chicken pox adalah jangkitan virus yang dipanggil varicella. Selepas dijangkiti, wanita selalunya akan mengalami ruam yang kemerehan dan berbentuk seperti jerawat. Sebelum itu, pesakit selalunya akan mengalami demam dan sakit seluruh badan. Selalunya Chicken pox dijangkiti semasa zaman kanak kanak tetapi segelintir daripadanya kurang immuniti dan mendapat jangkitan semula semasa dewasa. Kajian menunjukkan 95% dari wanita apabila menjangkau dewasa sudah kebal terhadap jangkitan ini.Siapa yang paling berisiko untuk mendapat Chicken pox semasa hamil?
Sekiranya anda pernah mendapat Chicken pox peluang untuk mendapat Chicken pox sekali lagi sangat rendahSekiranya anda tidak pernah mendapat Chicken pox, anda mempunyai risiko untuk dijangkiti virus ini dan perlulah sedaya upaya untuk mengelak dari mereka yang mengalami jangkitan Chicken pox.
Sekiranya anda kurang pasti samada anda pernah dijangkit, doktor boleh membuat ujian darah untuk mempastikan samada anda mempunyai antibodi terhadap Chicken pox. Sekiranya ada anda adalah imun terhadap jangkitan ini.
Apakah yang akan berlaku kepada bayi saya sekiranya saya dijangkiti Chicken pox?
Samada bayi anda akan dijangkiti dan setakat mana kesan terhadapnya bergantung kepada usia kehamilan anda.Sekiranya ia berlaku pada usia kandungan 6-12 minggu risiko kecatan adalah 0.5-1 %
Sekiranya ia berlaku pada usia kandungan 13 hingga 20 minggu, risiko kecacatan adalah 2%
Sekiranya jangkitan terjadi diantara 5 hari sebelum dan 2 hari selepas anda bersalin kemungkinan bayi and mendapat chicken pox adalah 20-25%
Jenis kecacatan adalah: parut, masalah penglihatan, tumbesaran terbantut, saiz kepala yang kecil dan kecacatan otak
Apa yang boleh saya lakukan untuk pastikan anak saya bebas dari mendapat chicken pox?
Sekiranya anda pernah mendapat chicken pox, jangan risau kerana risiko untuk anda mendapat chicken pox adalah tersangat kecil.
Sekiranya anda tidak pernah mendapat chicken pox sebelum ini dan anda hamil, anda boleh mendapatkan injeksi imunoglobulin sekiranya anda "in close contact" dengan pengidap chicken pox
Sekiraya anda mendapat vaksin chicken pox anda perlu memastikan yang anda tidak hamil 3 bulan selepas injeksi.Bolehkah seseorang mendapat chicken pox dua kali?
Boleh tetapi ia sangat jarang berlaku. Ia mungkin berlaku kepada mereka yang kurang daya imuniti dan kepada mereka yang merasakan diri mereka pernah dijangkiti tetapi sebenarnya bukan dan cuma ruam biasa sahaja.
No comments:
Post a Comment