Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang kadang ia boleh memberikan tekanan perasaan apabila sanak saudara dan kawan-kawan kerap bertanya soalan yang sama. Tekanan perasaan pula boleh mengurangkan lagi peluang anda untuk hamil.Dalam kebanyakan kes, cuma perubahan kecil sahaja yang perlu dibuat untuk menolong anda hamil dengan cepat.
Sekiranya
anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan
untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih
cepat.
1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika
haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh
ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari
faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang
menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi
dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan
berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.
2. Jumpa doktor anda.
Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan
doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang
kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya
tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat
diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan
mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan
sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil
kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk
memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.
3. Dapatkan berat badan yang ideal.
Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu
kurus, ia mungkin boleh memberikan masaalah kepada kesuburan anda. Kawal
berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara
20-24 menunjukkan berat optimal.
4. Ketahui waktu subur anda.
Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan
tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur
boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT (
Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang
seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan.
Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal
masa ovulasi dengan lebih tepat.
5. Hubungan seks yang lebih kerap.
Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda
hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada
hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks
boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas
(missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan
penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik.
Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung
anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj
selama 15 minit selepas ejakulasi.
6. Tingkatkan kesuburan suami.
Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan
mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan
optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras.
Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi
pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin
sebab anda lambat hamil.
7. Mengambil multivitamin.
Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil
mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko
janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk
meningkatkan pengeluaran sperma.
8. Bersenam secara rutin .
Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih
bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9. Mengambil makanan yang seimbang.
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda
mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan
PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula
dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan
menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya
mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka
kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
- Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
- Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
- Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10. Kurangkan tekanan.
Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni.
Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah
ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh
mengurangkan tekanan anda seperti:
- Memasak
- Bersenam
- Mendengar muzik
- Membaca dan mendengar audiobooks
- Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
- Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
- Beromantik dengan suami
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras.
Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja
memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko
keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah
selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.
No comments:
Post a Comment