nuffnang

3 Mar 2012

Pekerja Dibaham Singa Betina















SYDNEY – Seorang lelaki cedera selepas dibaham seekor singa betina di sebuah taman hidupan liar di Darwin semalam.

Mangsa dikejarkan ke hospital dengan kecederaan pada lengannya.

Kejadian berlaku selepas Peter Davidson menghulurkan tangannya ke dalam kandang haiwan itu menerusi jeriji kandang itu.

“Seorang kanak-kanak perempuan datang dan memberitahu ada orang digigit oleh singa,” kata Ketua Saintis di Taman Crocodylus, Charlie Manolis.

Manolis berkata, lelaki itu bekerja di taman berkenaan dan sedang mencabut rumput berhampiran kandang itu apabila singa berkenaan, Shebe, 9, membahamnya. – AP

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)