nuffnang

5 Mar 2012

Nama Anak Bienda Ilham Dari Telenovela Latin



PETALING JAYA – Pada 26 Februari lalu, penyanyi dan pelakon, Nor Razlinda Razli, 27, atau Bienda selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.95 kilogram dengan cara pembedahan di sebuah hospital swasta.

Bayi perempuan mereka itu diberi nama dengan nama yang unik, Lavienda Namiraz.

Ilham untuk memberikan nama Lavienda Namiraz itu kepada bayi perempuan mereka datangnya dari sebuah telenovela Latin yang kerap ditonton oleh Bienda ketika dia sedang mengandung.

Malah, suaminya, Kamarul Zariman Abd Rahman juga mempunyai pilihan dengan menamakan Namiraz sempena dengan namanya.

“Nama Lavienda diilhamkan daripada gabungan nama saya dan salah satu watak dalam telenovela Latin yang saya gemar tonton ketika mengandung dulu.

“Kebetulan pula, suami juga ada nama pilihannya iaitu Namiraz yang diambil daripada nama Zariman yang diterbalikkan. Untuk berlaku adil, kami gabungkan dua nama itu,” kata Bienda seperti dalam laporan mStar Online.

Menyelusuri pengalaman Bienda yang baru lagi bergelar seorang ibu, dia mengaku masih kekok dengan kehadiran bayinya dan masih belajar cara-cara untuk menguruskan Lavienda.

Bagaimanapun, Bienda bersyukur bayinya itu tidak banyak meragam dan itu memudahkan tugasannya untuk menguruskan Lavienda ketika dalam pantang.

“Saya dan suami masih kekok dan terkejut dengan kehadiran anak kami dalam keluarga. Selama ini, saya mengandung dan kini dia sudah lahir, saya susah hendak gambarkan perasaan itu.

“Namun, saya bersyukur kerana Lavienda tidak banyak kerenah dan kami sedang belajar untuk menyesuaikan diri dengan pengalaman baru ini,” katanya.

Sebelum ini, penyanyi lelaki yang diberi jolokan ‘World’, Mawi dan isterinya, Ekin juga selamat menerima seorang bayi perempuan sulung ke dalam keluarga mereka yang diberi nama Cahaya Malaika.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)