Apakah yang terlibat dalam kelahiran cetusan?
Kebanyakan kelahiran akan bermula secara semula jadi pada minggu ke-39 kehamilan hingga ke-41. Kelahiran "cetusan" bermaksud kelahiran yang dimulakan dengan cara yang tidak natural. Kelahiran juga boleh dimaju atau dipercepatkan bagi kes-kes di mana kelahiran itu pada asalnya bermula secara natural atau semula jadi, tetapi kontraksi (pengecutan otot uterus beritma) didapati kurang efektif untuk membawa ibu ke tahap kelahiran penuh.
Kenapakah kelahiran perlu dicetuskan?
Adalah baik untuk membiarkan kelahiran berlaku secara semula jadi, namun, kadang-kala proses perlahiran perlu dikejutkan untuk bermula. Kelahiran cetusan digalakkan jika anda menghadapi risiko yang serius apabila kehamilan anda dibiarkan berlanjutan berbanding risiko cetusan untuk kelahiran serta merta. Anda menghadapi risiko yang tinggi jika:
• Anda telah melepasi tarikh kelahiran. Jika anda dari keturunan Cina atau Melayu, kebanyakan pakar obstretik cenderung untuk mencetuskan kelahiran bayi tujuh hari selepas tarikh bersalin. Bagi wanita India pula, lima hari selepas tarikh bersalin. Ini diberasaskan kajian tempatan yang menunjukkan bahawa insiden bayi lahir mati adalah lebih tinggi di kalangan bayi India dan oleh itu penyelidik menasihatkan supaya wanita India dicetuskan lebih awal lagi.
• Anda mempunyai diabetes.
• Air ketuban anda telah pecah, namun, kontraksi belum bermula. Jika kelahiran tidak berlaku selepas air ketuban pecah, terdapat risiko infeksi semakin lama kelahiran tertunggak. Kajian menunjukkan bahawa 70 peratus ibu melahirkan bayi dalam masa 24 jam air ketuban pecah dan kira-kira 90 peratus dalam masa 72 jam. Oleh itu, anda perlu membuat keputusan sama ada mahu menunggu kelahiran bermula secara natural atau anda memilih untuk dicetuskan. Apa jua pilihan anda, doktor akan mengawasi anda dengan rapi dan menelitikan sebarang tanda-tanda infeksi.
• Anda tidak mengalami kontraksi tetapi air anda telah pecah, dan anda telah diuji positif semasa menjalani ujian (swab vagina atau ujian air kencing) bagi kuman streptokokus kumpulan B. Kes seperti ini memerlukan cetusan yang segera.
• Anda mempunyai penyakit kronik atau akut seperti praeklampsia atau menghidapi penyakit buah pinggang yang mengancam kesihatan anda atau bayi anda.
• Anda pernah mengalami bayi yang lahir mati.

Apakah cara-cara kelahiran dicetuskan?
Intervensi perubatan boleh membantu menggerak dan mempercepatkan proses kelahiran bayi anda selain metod semula jadi yang juga boleh mendorongkan kelahiran.
Antara intervensi perubatan yang paling popular ialah yang berikut:
• Prosedur mengusik membran yang mana membran yang mengelilingi bayi dipisahkan daripada serviks. Doktor boleh melakukan prosedur ini dengan pemeriksan dalaman vagina. Ia didapati efektif dalam merangsang kelahiran dan kini ditawarkan secara rutin bagi wanita yang sudah melepasi tarikh kelahiran sebelum dicuba lain-lain metod pencetusan. Anda mungkin terasa tidak selesa jika leher rahim anda sukar untuk dicapai. Adalah baik sekiranya anda diberi peluang untuk bertanyatentang perkara tertentu atau membaca maklumat mengenai prosedur ini sebelum ia dijalankan.
• Memasukkan pesari atau gel yang mengandungi prostaglandin ke dalam vagina untuk mengembangkan serviks (leher rahim). Prostaglandin ialah sebatian yang menyerupai hormon yang membantu merangsang kontraksi uterus. Selalunya prosedur ini akan memulakan kelahiran; ada masanya ia perlu disusuli oleh Syntocinon (lihat di bawah).
• Memecahkan membran dengan bantuan doktor (ARM), kadang-kala dinamakan "memecahkan air ketuban". Prosedur ini boleh dilakukan dengan pemeriksaan dalaman. Doktor akan menembusi serviks anda dengan jarum probe yang panjang, seumpama penyangkuk krusye yang halus, dan dia akan membuat goresan atau luka kecil atas membran yang mengelilingi bayi anda. Prosedur ini selalunya efektif sekiranya leher rahim sudah berasa lembut dan berada dalam keadaan bersedia.
• Jika kelahiran tidak bermula dengan teknik-teknik di atas atau kontraksi anda tidak begitu efektif, Syntocinon – hormon oksitoksin sintetik – akan digunakan. Ia diberi secara "drip" intravena - hormon memasuki aliran darah anda melalui tiub kecil pada vena di lengan anda. Apabila kontraksi bermula, kadar drip boleh dilaraskan supaya kontraksi berlaku pada kadar yang kerap untuk mengembangkan serviks dengan baik, tetapi tidak terlalu pantas. Anda mungkin diberikan anestesia epidural untuk melegakan kesakitan sebelum atau sebaik sahaja Syntocinon diberikan.
Cetusan selalunya dimaklumkan kepada anda dari awal lagi, oleh itu, berbincanglah dengan doktor anda. Anda mempunyai pilihan untuk memilih cetusan atau sebalikny. Berbincanglah tentang metod-metod yang lazim digunakan, walaupun doktor anda mungkin mencadangkan metod pilihannya yang berasaskan kepada tahap kelembutan serviks anda. Fikirkanlah tentang ubat yang sesuai untuk melegakan sakit sekiranya anda mendapati yang kontraksi akibat cetusan terlalu perit dan sukar untuk ditahan.
Rujuklah artikel kami mengenai metod semula jadi bagi mencetuskan kelahiran.

Adakah cetusan kelahiran melibatkan risiko?
Kadangkala metod mencetuskan kelahiran tidak menunjukkan kesan dengan serta merta. Rawatan cetusan mungkin dijalankan untuk beberapa kali dan mengambil masa beberapa hari sebelum kelahiran anda bermula secara aktif. Memecahkan membran dengan bantuan doktor (ARM) kadangkala tidak berjaya untuk memulakan kelahiran dan setelah air ketuban pecah, terdapat risiko infeksi bagi bayi anda; oleh itu, anda akan diawasi dengan teliti oleh doktor anda. Jika mereka mengesyaki bahawa anda mempunyai infeksi, anda akan diberikan antibiotik selain drip Syntocinon.
Syntocinon boleh menyebabkan kontraksi yang kencang sehingga menyebabkan bayi anda mengalami stres dan pengawasan elektronik berterusan menjadi penting. Sesetengah wanita juga melaporkan bahawa kontraksi yang dirangsang dengan Syntocinon adalah jauh lebih sakit daripada kontraksi kelahiran normal, oleh itu anda mungkin mahu mengambil anestesia epidural untuk menghilangkannya. Ini menyebabkan kesukaran bagi anda bergerak dengan bebas sepanjang kelahiran sebab anda terikat kepada alat monitor fetus dan drip epidural.
Prosedur cetusan mungkin memerlukan anda melalui kelahiran forsep atau ventouse sama seperti melalui pembedahan caesarean. Sebabnya mungkin berpunca dari komplikasi kehamilan anda dan/atau disebabkan masalah yang berbangkit akibat cetusan itu sendiri.
Terdapat juga risiko kecil jika drip Syntocinon digunakan untuk mencetus atau memajukan kelahiran, iaitu, uterus anda mungkin dirangsang secara keterlaluan. Ini boleh menjadi serius sebab ia mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi anda dan jika tidak bernasib baik, uterus anda akan pecah (terkoyak). Ini akan berlaku bagi ibu yang pernah melalui caesarean dan kelahiran ini dikenali sebagai ‘trial of labour’ di mana terdapat tanda tanya sama ada kepala bayi boleh melepasi lingkaran pelvis. (Sila rujuk dengan lebih lanjut mengenai kelahiran vagina selepas pembedahan caesarean yang juga dikenali sebagai VBAC.)
No comments:
Post a Comment