nuffnang

6 Mar 2012

5 cara memikat seorang lelaki





Cara pertama : Kecantikan

Kecantikan adalah segalanya bagi seorang

lelaki. Namun, kecantikan yang di pandang

seorang lelaki tidak hanya pada rupa paras

dan bentuk fizikal semata–mata.

Sekarang, ramai lelaki lebih sukakan wanita

yang ikhlas mencintai dirinya berbanding

mengejar seseorang yang tidak ikhlas. Bagi

lelaki, ikhlas adalah kecantikan yang mereka cari.

Cantikkan hati anda, pasti lelaki tersebut

akan terpikat.

Cara kedua : Menjadi penyokong setia dia

Walaupun lelaki nampak seperti makhluk yang

kuat, mereka sebenarnya makhluk yang lemah.

Anda berikan dorongan kepada dia dan sokong

dia sepenuhnya. Lelaki tersebut pasti akan

hargai anda yang sentiasa menyokongnya.

Cara ketiga : Jadi diri sendiri

Anda tidak perlu tukar cara anda hidup

semata–mata kerana anda ingin mengejar

seorang lelaki. Lelaki tidak suka perempuan

yang hipokrit. Lelaki lebih suka mencintai

seorang wanita yang selesa menjadi dirinya

sendiri.

Cara keempat : Jangan cepat menyerah

Ketika dalam proses berkenalan dan berkawan,

anda jangan cepat menyerah kepada lelaki

tersebut. Sebaliknya, anda jual mahal sedikit

dan biarkan dia sedikit berusaha untuk

memikat anda.

Cara kelima : Jadi pendengar yang setia

Lelaki biasanya tertarik pada wanita yang

bersikap seperti wanita. Antara sifat wanita

yang paling mereka suka adalah memahami kaum

lelaki dengan menjadi pendengar yang setia.

Apabila anda bersikap menjadi pendengar yang

baik, ia menunjukkan anda ambil berat akan

hal dia.

Sekian dulu dari saya, selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)