YANG BERNAMA LELAKI ( SESUNGGUHNYA KHAS BUAT MU )
Lahirmu disini sebagai PEMIMPIN
Lahirmu jua untuk MELINDUNGI yang lain.
KESERONOKKAN didunia hanya sementara dan JANGAN SESEKALI memulakan PERMAINAN yang kelak akan merugikan kerana NAFSU itu manja jika dimanjakan, NIKMAT MAKSIAT akan hilang tetapi DOSANYA berkekalan. Oleh itu jangan jadikan HAWA yang lemah sebagai mangsamu...ingatlah MATI...KERANA ITU PASTI UNTUKMU...DAN BERTAUBATLAH SEBELUM HILANGNYA "SISA-SISA MASA" yang masih SEDIKIT BERBAKI ini.
GUNAKANLAH ILMU AGAMA yang Allah ANUGERAHKAN itu sebagai BENTENG yang kuat untuk menundukkan NAFSUmu dan JANGAN jadikan ILMU AGAMA itu sebagai TIKET untuk MEMPERDAYAKAN hawa yang lemah.
JANGAN engkau pesongkan AMANAH yang telah diberikan.
JANGAN engkau abaikan TANGGUNGJAWAB yang telah diserahkan.
JANGAN engkau khianati KEPERCAYAAN yang telah diucapkan.
Dan JANGAN engkau abaikan JANJI yang telah kau lafazkan.
JADILAH seorang lelaki yang BENAR IMANNYA.
JADILAH seorang lelaki yang ADIL dan
JADILAH seorang lelaki yang sentiasa INGAT MATI.
BERUNTUNGLAH kerana kita dilahirkan sebagai PEMIMPIN
BERUNTUNGLAH dirimu DIPILIH untuk MELINDUNGI wanita.
INGATLAH....
"ORANG yang baik tidak akan disia-siakan Allah. Jalanilah hidupmu dengan gembira dan sentiasa bersyukur kerana sememangnya hidup ini indah. Sekurang-kurangnya kita boleh menjadikan hidup kita ini indah dengan KEBAIKAN kita."
No comments:
Post a Comment