Kebahagian tertunda yang dibayar dengan pengorbanan selalunya terasa manis. Tidak ada satupun di dunia ini hasil karya sendiri. Anda mencapai tujuan anda selalunya berkat bantuan orang lain.
Seorang sufi bermadah- "Adakalanya kesalahan membuatkan sesaorang itu memperbaiki diri. Tidak pernah bersalah itu.. boleh mendatangkan sombong diri.. olih itu tidakkah beruntong mencuba biarpun terpaksa berbuat salah daripada pasrah yang tidak menentu".Nabi s.a.w. bersabda- "Seutama utama perjuangan sesaorang terhadap dirinya sendiri dan hawa nafsunya".
Kata pemikir Islam- "Antara sifat munafik itu ialah menganggap nasihat orang sebagai sindiran padanya ..sebab itu tidak di terimanya".Ulamak mursyid berkata- "Buah akal ialah ilmu pengetahuan.. buah jiwa ialah iman.. buah fizikal ialah kemajuan.. alangkah indahnya kalau ketiga tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan.
Istimewa jiwa pengasih.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Setia hati yang pengasih mendapat pahala.. ubat untuk hati yang terluka ialah iman yang kuat".
Saling mencintai.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Perumpamaan orang mukmindalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. makaseluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam".
Nabi s.a.w. bersabda- "Jagalah dirimu dari api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata yang baik".
Seorang hamba Allah berkata- "Ibadat itu laksana perniagaan. Adapun kedainya adalah khalwat{bersunyi sunyian)..modalnya taqwa ..sedangkan keuntungannya adalah syurga".
Segalanya dari syahwat Rasulullah s.a.w. bersabda- "Hak itu berat dan pahitsedangkan batil itu rengan dan manis. Adakalanya suatu syahwat menyebabkan dukacita yang abadi".
Kalau hati itu bersih.. saorang ulamak berkata- "Pandangan mata selalu menimpa..pandangan akal selalu tersalah.. pandangan nafsu selalu melulu dan pandangan hati lah yang hakiki.. kalau hati itu bersih".
Wanita syurga bercahaya.. Rasulullah s.a.w. bersabda- "Kalau seandainya seoran wanita itu penghuni syurga datang ke bumi.. nescaya akan memancarkan cahaya terang benderang".
Pohon syurga.. Rasulullah s.a.w bersabda- "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pohon dimana orang berkenderaan berjalan dibawah naungannya selama satu tahun belum sampai melepasinya".
Seorang soleh berkata- "Sesiapa tidak ada ilmu dan sesiapa tidak ada agama dan sesiapa tidak ada sifat warak bererti dia tidak dekat dengan Tuhannya".
Sejahat jahat musuh Rasulullah s.a.w. bersabda- "Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau".
Balaslah jasa orang ..Rasulullah s.a.w. bersabda- "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika kamu tiada apa apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya".
Kematian kekasih Rasulullah s.a.w. bersabda- "Tidak ada balasan bagi hambaku yang mukmin jika aku ambil kekasihnya(mematikan orang yang dikasihinya dari ahli dunia)kemudian dia sabar melainkan syurga".
Tegas demi kebenaran..Nabi s.a.w. bersabda- "Janganlah sekali kali wibawa manusia itumelarang sesaorang untuk mengatakan yang hak apabila dia telah mengetahuinya atau menyaksikannya atau mendengarnya".
Istimewa sembahyang malam..Nabi s.a.w. bersabda- "Biasakanlah sembahyang malamsebab ia kebiasaan orang solehin yang sebelum kamu dan mendekatkan kamu kepada Allah dan mencegah kanu dari dosa dan menebus dosa dosa dan mengusir penyakit dari badan".
Kau kira kau bijak seorang soleh mengingatkan- "Kau kira bijakkah mendapat semua ilmu dunia.. padahal kau lah yang paling bodoh kerana tidak tahu ilmu akhirat".Manisnya iman seorang ulamak berkata- "Orang yang mengenal Allah dengan ilmuseperti saorang yang mengenal gula tetai belum merasainya.. orang yang mengenal Allah dengan hati seperti orang yang merasai gula dan sering merasa kemaisannya".Amalan Islam terbaik seorang lelaki bertanya- "Manakah amalan Islam yang terbaik?? Nabi s.a.w. menjawab- "Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal mahupun kepada orang yang tidak dikenal".
Kejelitaan akan pudar seorang ulamak berkata- "Kemudaan akan hilang.. kecantikan akan pudar.. kekuatan akan lemah..tua akan datang.. kematian pun meragut secara tiba tiba. Jadi mengapa lupakan Tuhan??".
Mata yang beku Rasulullah bersabda- "Ada empat perkara yang membawa celaka..iaitu mata yang beku{taksudi mengeluarkan air mata) kesat hati.. pangang angan angan dan tergoda olih dunia".
Jika engkau mahukan kemesraan seorang bijak pandai islam berkata- "Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah.. maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri.. tidak mengikut segala nafsumu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah.. tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA".
Jangan cakap banyak Rasulullah s.a.w. bersabda- "Tinggalkan bicara berlebehan dan cukup bagimu perkataan apa yang telah dapat menyampaikan hajatmu".
Kata pemikir islam- "Gunong yang tinggi tidak bolih menakung air.. tetapi lembah yang rendahbolih menjadi tasik yang saujana luasnya.. ertinya orang yang meninggi diri tidak jatuh hati orang kepadanya.. sebaliknya orang yang merendah diri dapat meminta meminta hati orang tanpa bersusah payah lagi".
Belajar dengan buku ..seorang ulama berkata- "Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman ..orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu".Fikiran bak mutiara.. seorang ulama berkata- "Berfikir taraf tinggi itu ialah berfikir yang dipimpin olih jiwa.. hasilnya fikirannya bak mutiara".Istimewa diam.. Nabi s.a.w. bersabda- "Kawan yang baik lebih baik dari duduk sendiri dan duduk sendirian lebih baik dari kawan yang jahat dan mengutarakan kebaikkan lebih baik dari diam dan diam lebih baik dari berkata tidak baik".
Jika Allah kasih ..Rasulullah s.a.w. bersabda- "Sesungguhnya jika Allah berkehendak kebaikkan terhadap hambanya maka dijadikan dosa dosa terbayang diruang mata hambanya dan jika menghendaki binasanya maka dilupakan akan dosa dosanya".
Jangan kau lihat kecilnya dosa tetapi perhatikan kepada siapa engkau berdosa itu.
Berkasih sayang- "Kamu lihat orang yang beriman itu dalam saling kasih mengasehi.. saling cinta menyintai dan saling tolong menolong seperti sebatang tubuh. Kalau salah satu anggota terkena penyakit.. seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas".
Dengan sikap yang ramah segala urusan menjadi mudah dan indah.
Kata kata hikmah- "Kemenangan diperolehi dengan berfikir secara mendalam dan benar. Fikiran benar ialah dengan menyimpan sebaik baik segala rahsia".
Ambillah hikmah dimanapun ia berada. Adakalanya hikmahbersemayam dihati sesaorang munafik namun ia akan gelisah dan tak akan berdiam diri hingga berhasil keluar dan bergabung dengan kawan kawannya didalam dada si mukmin".
Kita dapat mengubati penyakit fizik dengan ubat ubatan satu satunya ubat untuk kesepian keputus asaan dan hilangnya harapan adalah kasih. Banyak didunia ini yang mati kerana kurang makan tapi lebih banyak yang mati kerana haus kasih sayang.
KITA DAPAT MENGUBATI PENYAKIT FIZIK DENGAN "Kegagalan hanyalah kesempatan untuk memulai lagi dengan lebih cergas"" Perbuatan yang ingin kau alami janganlah kau lakukan kepada orang lain""Jangan ada diantara kamu memperlakukan saudaranya dengan cara yang ia sendiri tidak ingin mengalami".Kesabaran ada dua macam- Sabar atas sesuatu yang tidak kau ingini dan kesabaran menahan diri dari sesuatu yang kau ingini.
Lidah orang berakal berada dibelakang hatinya dan hati orang bodoh berada dibelakang lidahnya.
Bila kau berniat memutuskan hubungan dengan seorang kawan.. tinggalkan kepadanya kenangan manis dirimu yang kelak akan membuka jalan kembali kepadamu di suatu saat.. jika sewaktu waktu ia ingin menjalin lagi hubungan denganmu.
Barang siapa yang menempatkan dirinya di tempat tempat yang mencurigakan.. janganlah ia menyalahkan orang lain yang berburuk sangka kepadanya.
Kesusahan dalam hidup ini laksana musim dingin ..basah dan lembab .tidak disukai olih manusia dan haiwan tetapi sesudah musim sejuk tumbuh pula .. bunga bunga yang harum dan buah yang subur.
Adakalanya dalam hidup ini kita terpaksa berkorban untuk membahagiakan orang lain ..bulan takkan menyinarkan cahayanya di malam hari jika ianya tidak membakar dirinya di siang hari.
Curahkan sedikit kebaikkan dan pasti kita akan merasai nikmatnya.
Ketika iman sudah menghias hati dan kelazatannya mula dikecapi semua ujian dan tribulasi tidak akan menggugat diri. Kesuyian.. kesedihan dan kekecewaan akan berganti dengan keyakinan dan kesykuran kerana merasakan bahawa Allah masih sayangkannya. —
No comments:
Post a Comment