Apakah itu meningitis?
Meningitis ialah radang membran yang meliputi otak yang cenderung merebak dengan cepat. Terdapat banyak jenis meningitis. Dua yang utama ialah meningitis jenis virus dan bakteria. Meningitis virus adalah jenis yang sering dijumpai dan agak ringan (sesetengah pesakit tidak sedar pun bahawa mereka telah dijangkiti). Jenis jangkitan bakteria jarang berlaku namun, mengancam nyawa dan oleh itu, perlu dirawat segera.
Meningitis bakteria juga datang dalam pelbagai bentuk (meningokokus dan pneumokokus adalah dua yang utama). Ia memang satu penyakit yang serius dan teruk, apatah lagi, apabila komplikasi juga berlaku dengan cepat, boleh menjadikannya lebih berbahaya. Bergantung kepada jenis, didapati bahawa meningitis bakteria mengakibatkan maut dalam 10 ke 20 peratus kes, dan boleh menyebabkan ketidakupayaan yang serius seperti pekak atau kerosakan otak, jadi rawatan segera adalah penting. Septisemia (keracunan darah) adalah komplikasi serius yang disebabkan kemasukan bakteria ke dalam aliran darah serta pembiakan yang cepat. Meningitis jenis septisemia adalah yang paling berbahaya.

Apakah simptomnya?
Tidak terdapat satu pola tetap untuk penyakit ini yang boleh dijadikan panduan jitu. Tempoh inkubasinya ialah antara dua hari dan tiga minggu, bergantung kepada jenis meningitis. Simptom-simptom boleh berlaku mengikut turutan tertentu ataupun sebaliknya. Dalam banyak case, ia seakan-akan influenza iaitu terdiri daripada suhu badan yang tinggi atau demam, sakit kepala yang teruk, loya dan muntah, tidak suka pada cahaya serta leher yang tegang. Tidak semua simptom boleh diramalkan; sesetengah bayi akan menjadi lesu dan tidak bermaya, sementara bayi lain akan menjadi kejang disertai dengan pergerakan tersentak-sentak.
Kadangkala terdapat ruam yang disebabkan oleh septisemia, yang akan timbul di bawah kulit seperti satu kelompok titik-titik kecil. Ia kelihatan seperti tanda-tanda pin halus dan boleh timbul di mana-mana bahagian badan anda. Jika tidak dirawat, ia akan mula kelihatan seakan-akan lebam diikuti dengan kerosakan kulit dan perubahan warna menjadi ungu.
Anda boleh gunakan "ujian kaca" untuk memeriksa ruam yang disyakki. Tekankan sisi sebuah gelas yang lutsinar ke atas ruam tersebut. Jika ia bukan ruam meningitis, ia akan pudar; tetapi jika ia ruam meningitis, ia akan kekal kemerahan. Jika terdapat sebarang keraguan, dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Ruam adalah salah satu tanda akhir sepsis yang mana selepas itu, keadaan anak anda akan menjadi kritikal dengan begitu pantas; tetapi, nasib baik ada tanda-tanda awal untuk anda perhatikan.
Pada bulan Januari 2005, pakar-pakar dari Universiti Oxford di UK menarik perhatian ramai kepada simptom-simptom awal septisemia yang boleh dikenal pasti beberapa jam sebelum penyakit mencapai peringkat kritikal. Tanda-tanda awal sepstisima merangkumi:
• tangan dan kaki yang sejuk dan suhu yang tinggi;
• warna kulit yang luar biasa pucat seperti kelihatan amat putih pudar, kebiruan atau gelap di sekitar bibir;
• sakit kaki yang meruncing yang menyukarkan pesakit itu berjalan atau berdiri;
Jika bayi anda belum lagi boleh berdiri atau bercakap, sakit otot atau sakit anggota atau sendi akan menyebabkan bayi anda meragam. Bayi-bayi yang sihat selalu juga mempunyai tangan dan kaki yang sejuk, sebab itu perhatikanlah pola pernafasan yang pantas dan luar biasa termasuk badan mengigil, yang merupakan simptom-simptom lain bagi penyakit tersebut. Adalah baik sekiranya ibu bapa boleh mendapatkan rawatan perubatan apabila mereka mengenal pasti simptom-simptom awal ini, supaya lebih banyak nyawa dapat diselamatkan.
Sentiasalah memeriksa bayi anda jika anda mempunyai sebarang rasa syak mengenai penyakitnya yang semakin teruk. Jika tiada ruam yang timbul tetapi keadaan anak anda merosot dengan cepat, bawalah dia ke hospital dengan segera.

Bolehkan bayi baru lahir mendapatnya?
Meningitis neonatal selalunya disebabkan oleh E.coli, streptokokus kumpulan B atau listeria. Risiko adalah lebih tinggi di kalangan bayi-bayi pramatang dan mereka yang mempunyai berat badan kurang daripada 2kg (kira-kira 4 paun dan 6 aun). Bayi-bayi lain juga mudah mendapat meningitis, malangnya, ia adalah lebih sukar untuk didiagnosis.
Baby Watch, dirasmikan oleh Victoria Beckham dan Dr Hilary Jones untuk Yayasan Pengkajian Meningitis di UK, menasihatkan para ibu bapa supaya berpandu kepada gerak hati mereka dan mempunyai sikap berwaspada terhadap tanda-tanda tertentu seperti tompok lembut di kepala bayi (fontanel) membonjol serta kulit yang pucat, bertompok-tompok atau bertukar biru. Bayi-bayi yang dijangkiti meningitis selalunya demam, sukar untuk bangun dari tidur, tidak mahu menyusu langsung dan memperlihatkan ekspresi yang kosong dan termenung. Kadang-kala ibu bapa juga akan menyedari raungan atau tangisan yang nyaring serta menyedari bahawa bayi mereka masih meragam apabila diangkat.

Bilakah patutnya saya mendapatkan bantuan?
Jika anda syakkan meningitis, dapatkan rawatan dengan segera di Jabatan Kemalangan & Kecemasan di hospital terdekat. Jika ia berkaitan bakteria, rawatan awal dengan antibiotik adalah penting untuk mengelakkan kesan sampingan yang memudaratkan atau mungkin menyebabkan kehilangan nyawa. Letaklah kepercayaan sepenuhnya kepada gerak hati anda.
Bagaimanakah meningitis didiagnosis?
Diagnosis dilakukan dengan tebukan lumbar – ahli profesional kesihatan akan memasukkan jarum yang berlubang ke bahagian bawah tulang belakang, terus mengeluarkan sampel cecair, dan memeriksanya. Prosedur mengambil kurang daripada 20 minit dan mungkin menyebabkan sakit kepala selepas itu.
Apakah rawatan yang diberikan?
Meningitis virus tidak bertindak balas dengan antibiotik, jadi rawatannya berasaskan rehat dan penjagaan rapi. Jangkitan ini akan hilang dengan cepat, walaupun sakit kepala dan rasa letih akan berlanjutan bagi masa yang agak panjang. Kadangkala, walaupun jarang, meningitis virus boleh menjejaskan otak dan menyebabkan ensefalitis (radang otak). Dalam kes-kes ini, rawatan antivirus diperlukan manakala meningitis bakteria memerlukan rawatan antibiotik dengan segera.
Adakah meningitis berjangkit?
Kebanyakan kes meningitis bakteria menyerang secara individu tetapi kadang-kala meningitis meningokokus berlaku secara berkelompok. Mereka yang mempunyai kontak yang dekat (selalunya didefinisikan sebagai berkongsi rumah) dengan seseorang yang mempunyai meningitis bakteria atau septisemia meningokokus akan diberikan antibiotik untuk mengelakkan risiko jangkitan. Jangkitan akan merebak dengan bersin atau, bagi orang dewasa, dengan ciuman. Bakteria yang menyebabkan masalah tersebut adalah jenis yang sangat biasa, yang secara semula jadinya, hidup di belakang hidung dan tekak kita dan ramai orang mempunyainya tanpa jatuh sakit. Mujurlah, jangkitan meningokokus jarang berlaku di Malaysia.
Meningitis virus direbakkan, sama seperti virus yang lain, dari individu ke individu lain, sesetengahnya melalui batuk dan bersin, dan yang lain disebabkan tahap kebersihan yang rendah, contohnya, tidak mencuci tangan selepas ke tandas. Meningitis virus dahulunya juga datang dari komplikasi penyakit seperti demam campak dan beguk tetapi pemvaksinan MMR telah menghapuskan ancaman ini.

Bagaimanakah meningitis boleh dicegah?
Bayi-bayi sekarang akan menerima vaksin Hib (Haemophilus influenzae jenis B) pada usia dua, tiga dan lima bulan dengan suntikan penggalak pada 18 bulan. Pemvaksinan Hib juga memberikan perlindungan terhadap jangkitan bakteria seperti artritis septik dan selulitis. Vaksin pneumokokus boleh didapati tetapi buat masa ini ianya hanya merupakan vaksin pilihan, bukan wajib. Bakteria pneumokokal ialah penyebab bagi satu dalam 10 kes meningitis.
Masih tidak terdapat vaksin lagi terhadap meningokokus kumpulan B,iaitu kumpulan yang biasanya menyebabkan meningitis meningokokus. Kajian menunjukkan bahawa merokok dalam rumah boleh meningkatkan kebarangkalian anak mendapat meningitis, jadi berhentilah merokok untuk mengurangkan risikonya. Di Malaysia, vaksin terhadap meningokokus kumpulan A,C,W,Y boleh didapati untuk kanak-kanak yang berusia lebih daripada dua tahun.
No comments:
Post a Comment