Sesetengah bayi sangat kerap menangis.
Cara yang terbaik untuk menanganinya ialah dengan menenangkannya setiap masa.
Oleh Dr Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik
Anda sudah pastinya rasa teruja untuk mengeratkan lagi hubungan dengan bayi anda, tambahan pula ia merupakan pengalaman pertama anda menjadi seorang ibu. Malangnya, si kecil pula asyik menangis! Nanti dulu, jangan pula anda turut menangis bersamanya. Janganlah terlalu risau kerana ini adalah perkara biasa. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan untuk menenangkan bayi anda: |
|
Lama-kelamaan, anda boleh mengenalpasti perbezaan tangisan bayi. Sekiranya tangisan bayi terlalu kuat daripada biasa dan berpanjangan, mungkin ia disebabkan oleh masalah tertentu. Percaya kepada naluri anda dan dapatkan bantuan perubatan jika anda fikir bayi anda memerlukannya. |
Adakah bayi anda mengalami kolik? |
Sekiranya bayi anda menangis pada masa-masa tertentu, biasanya pada lewat petang, dia mungkin mengalami kolik. Kolik biasanya bermula pada usia tiga minggu dan akan berhenti pada usia 3 bulan. Tangisan bayi tidak dapat diredakan dan mungkin berlanjutan hingga 3 jam lamanya. Walaupun kelihatan agak membimbangkan, kolik bukanlah masalah yang serius. Tenangkan si kecil seboleh mungkin. Minta pertolongan pasangan atau pengasuh untuk membantu dan beri peluang kepada diri anda untuk berehat sekali sekala dalam seminggu. Doktor anda mungkin beri ubat kolik. Urutan bayi juga boleh mengurangkan kekerapan serta kekuatan tangisan bayi yang mengalami kolik. |
No comments:
Post a Comment