nuffnang

5 Jan 2012

Penukaran Lampin Oleh Ong Bee Lee, SRN (Ret)

Sebelum anak anda dapat dilatih ke tandas, mungkin anda perlu menukar sebanyak 7,000 lampin. Dapatkan rutin yang betul supaya anda dan bayi sentiasa senyum.
Bukan origami, tapi seakan-akan
Bukan origami, tapi seakan-akan

Langkah 1: Bentangkan lampin bersih di atas permukaan bersih

Langkah 2: Tarik kedua-dua bucu bawah ke atas untuk mendapatkan bentuk segiempat tepat.

Langkah 3: Tarik kedua-dua bucu kiri ke kanan, untuk membentuk segiempat kecil

Langkah 4: Terbalikkan lampin.

Langkah 5: Pegang bucu kanan lapisan paling luar, dan tarik ke kiri untuk membentuk segitiga.

Langkah 6: Terbalikkan lampin dan lipat bahagian berbentuk segiempat sehingga satu pertiga, ke arah tengah.

Langkah 7: Lipat bahagian tadi sekali lagi supaya bahagian terlipat ini berada ditengah-tengah segitiga. Langkah 8: Letakkan pelapik lampin atas bahagian terlipat tadi, dan lampin kini boleh digunakan.

Jimat masa setiap kali menukar lampin!

  • Selepas mencuci dan mengeringkan lampin, lipat terus dan letakkan pelapik supaya lampin tersedia untuk digunakan.

  • Simpan semua kelengkapan menukar lampin di tempat yang sama supaya anda tidak tercari-cari bila tiba masa untuk menggunakannya.


Mencuci lampin
Anda boleh rendam sehingga 10 lampin pada satu-satu masa dalam cecair pencuci dan peluntur, tapi pastikan semua lampin terendam sekurang-kurangnya 30 minit. Cuci dengan mesin basuh menggunakan cecair pencuci lembut, bilas dengan rapi dan keringkan bawah panas matahari. Jangan campur cecair pelembut ketika membilas kerana cecair melekat lada lampin dan akan merengsa kulit bayi. Elakkan cecair pencuci kasar dan berharuman, perapi atau bahan kimia lain yang tidak sesuai dengan kulit bayi.


Ciri-ciri keselamatan semasa menukar lampin
Tempat paling selamat untuk menukar lampin adalah atas lantai, supaya anak anda tidak terjatuh dan tercedera. Jika anda bermasalah sakit belakang atau memilih untuk menukar atas meja, pastikan anda tidak meninggalkan anak anda berseorangan di atas meja, walaupun seketika.

Langkah 1: Letakkan bayi anda di atas lapik atau tikar menukar, dan buka lampinnya. Jika lampin hanya basah, masukkan dalam baldi lampin. Jika bernajis, gunakan paip getah untuk mencuci najis di mangkuk tandas, kemudian masukkan lampin ke dalam baldi lampin.

Langkah 2: Basahkan kapas dan lap kesan najis pada punggung bayi. Bersihkan dengan lembut bahagian kemaluan bayi, sentiasa lap dari arah hadapan ke belakang. Kerap menukar kapas bersih.

Langkah 3: Keringkan punggung bayi dengan
kain atau tuala.

Langkah 4: Letak lampin berlipat di sebelah bawah bayi. Letakkan pelapik lampin pada tempatnya. Pegang kedua-dua buku lali bayi dengan lembut dan angkat kakinya untuk meletakkan lampin di bawahnya.

Langkah 5: Tarik hujung lampin ke atas di antara kaki bayi dan pegang di situ.

Langkah 6: Lipat bahagian kanan dan kiri lampin di atas pinggang bayi dan tarik kedua-dua hujung dengan kejap.

Langkah 7: Selitkan jari anda di antara lampin dan perut bayi,
kemudian pinkan bahagian-bahagian lampin ini. Berwaspada
agar pin tidak tercucuk bayi.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)