Oleh Dr Zulkifli Ismail, Pakar Perunding Pediatrik
Pemeriksaan kesihatan adalah satu keperluan untuk kita; bayi juga tiada bezanya. Malah, pada tahun pertama bayi, dia perlu menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan. Ambil peluang sepenuhnya dari setiap lawatan ini untuk mengetahui apa yang patut anda jangkakan dan apa yang boleh dilakukan. Kenapa bayi perlu menjalani pemeriksaan kesihatan?
|
|
Sekerap mana bayi anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan? |
Pemeriksaan kesihatan pertama
Anda dan bayi anda mungkin pertama kali berjumpa dengan pakar pediatrik semasa anda membawanya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pertama. Sentiasa tenang dan anggap pakar pediatrik tersebut sebagai seorang rakan yang akan membantu anda menjaga kesihatan bayi selama zaman kanak-kanaknya.
Doktor akan mengukur berat dan ketinggian bayi (lihat bawah) dan bertanya kepada anda beberapa soalan tentang kesihatan dan tingkah laku bayi. Jawab dengan jujur dan suarakan kebimbangan anda sekiranya ada. Bertanyakan soalan bukanlah bermaksud anda bodoh atau ibu bapa yang tidak prihatin! Berikut merupakan beberapa soalan yang mungkin ditanya oleh doktor berkenaan bayi anda:
- Apakah susu yang diberi dan kekerapannya?
- Kekerapan bayi anda membuang air kecil dan besar?
- Bolehkah bayi anda angkat kepalanya sedikit?
- Adakah bayi anda boleh menfokus objek yang berada 8-12 inci jauh darinya?
- Adakah bayi anda memberi tindak balas terhadap bunyi yang kuat atau secara tiba-tiba?
- Adakah bayi anda memberi tindak balas terhadap cahaya terang atau pancaran cahaya secara sepintas lalu?
Apa yang berlaku semasa pemeriksaan bayi?
- Doktor akan mengukur berat, kepanjangan badan dan ukuran lilitan kepala bayi. Ketiga-tiga ukuran ini akan digabungkan untuk mendapat gambaran sepenuhnya sama ada bayi anda membesar dalam kadar yang normal. Disebabkan julat yang agak besar, anda tidak perlu khuatir sekiranya bayi anda agak ringan atau kecil jika dibandingkan dengan umurnya. Sekiranya doktor mengatakan bahawa bayi anda sihat dan membesar dengan baik, itu sudah memadai.
- Doktor akan bertanya berkenaan kesihatan dan tingkah laku bayi.
- Semakin bayi membesar, doktor akan menjalankan beberapa pemeriksaan ringkas untuk memantau perubahan perkembangannya. Jangan panik sekiranya bayi anda tidak mampu melakukan perkara dimahukan oleh doctor. Kanak-kanak membesar dengan caranya sendiri, dan anak anda mungkin berkembang dengan lebih cepat atau perlahan jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seumurnya dengannya.
No comments:
Post a Comment