nuffnang

5 Jan 2012

Menangani Masalah Nyamuk

Nyamuk boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Ketahui lebih
tentang gejala penyakit ini dan cara mencegahnya.

Oleh Professor Madya Dr Yasmin Abu Hanifah, Pakar Mikrobiologi Perubatan.

Malaria, demam denggi, ensefalitis Jepun dan Chikungunya adalah penyakit yang ditularkan oleh nyamuk. Demam denggi dan penyakit Chikungunya disebabkan oleh virus-virus dan disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes.

Penyakit Chikungunya dipercayai berasal dari Afrika, sebagaimana namanya berasal dari perkataan Makonde kungunyala yang bermaksud “menjadi kering atau menjadi

bongkok”. Chikungunya mengakibatkan gejala-gejala yang berpanjangan atau kronik. Secara kebetulan, ini adalah satu perbezaan utama antara Chikungunya dan demam denggi. Walaupun demam telah lama hilang, masalah sakit-sakit sendi boleh berterusan selama beberapa bulan.

Sehingga 21 Februari 2009, sejumlah 8920 kes denggi dan 23 kematian telah dilaporkan di seluruh negara sejak 2009. Angka ini merupakan peningkatan 158% berbanding bilangan yang dilaporkan dalam tempoh yang sama pada tahun lepas – 5646 kes dan 10 kematian. Sebahagian besar daripada kes dilaporkan di Lembah Klang, manakala kes lain berlaku kebanyakannya di Perak, Johor, Pulau Pinang dan Sarawakw. Bagi Chikungunya, sebanyak 883 kes telah dilaporkan dalam jangkamasa yang sama dalam tahun ini.

Perbezaan gejala
Denggi Chikungunya
  • Boleh menyebabkan kematian
  • Gejalanya termasuk: demam tinggi berterusan secara tiba-tiba; kesakitan teruk dalam tulang, otot, sendi, bola mata dan kepala; ruam merah; hilang selera makan; muntah; sakit perut; dan jika teruk, pendarahan pada badan, hidung dan mulut
  • Tiada kes kematian setakat ini, tetapi pesakit mengalami kesakitan yang berpanjangan
  • Gejalanya hampir sama dengan denggi: demam tinggi secara tibatiba antara 1 hingga 7 hari (biasanya 5 hari), kemerahan muka, sakit sendi yang teruk, ruam badan dan sakit kepala. Sakit sendi mungkin berlarutan hingga berbulan.

Pencegahan
Pembasmian tempat-tempat pembiakan nyamuk adalah langkah yang amat berkesan dan mudah dilakukan, tanpa menggunakan bahan kimia. Kebanyakkan nyamuk membiak dalam air yang bertakung. Pastikan tiada tempat untuk nyamuk membiak disekeliling rumah anda. Buang air bertakung didalam bekas bunga, pendingin air, tangki, baldi, piring makan haiwan dan kolam mandi burung. Buang kolam plastik yang tidak di perlukan, tayar lama, tong-tong, dan bersihkan saluran air tersumbat dan baiki paip yang bocor.

membasmi tempat pembiakan
melindungi anak dan keluarga anda
  1. Tutup bekas air yang digunakan. Bagi bekas air tidak digunakan, keluarkan air sekerap yang mungkin.
  2. Kawalan kimia. Tambahkan racun jejentik secukupnya (TEMEPHOS 10g setiap 20 gelen atau Abate) setiap 3 bulan ke dalam takungan air untuk membunuh jejentik.
  3. Kawalan biologi. Bela ikan seperti Mosquitofish (Gambusia affinis), cyprinids (carps dan minnows), killifish, ikan tilapia dan ikan sepat. Ikan- Ikan ini makan jejentik nyamuk di rumah.
  1. Halang kemasukan nyamuk. Gunakan penghawa dingin untuk rumah atau pasangkan jaring halus pada tingkap.
  2. Gunakan kelambu semasa tidur.
  3. Gunakan ubat penghalau nyamuk yang mengandungi pekatan DEET 30%. Wanita hamil dan kanak kanak berusia di bawah 12 tahun harus dapatkan nasihat doktor atau farmasi sebelum menggunakannya.
  4. Jangan gunakan ubat penghalau nyamuk bagi bayi berusia di bawah 3 bulan. Sebaliknya gunakan kelambu.
  5. Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang agar tidak digigit nyamuk.

Analisis kematian berkaitan denggi pada 2008 menunjukkan bahawa 90% daripadanya boleh dicegah jika pesakit mendapatkan rawatan awal. Laporkan sebarang kes yang disyaki kepada pihak berkuasa kesihatan supaya kerja penyemburan boleh dilakukan di kawasan anda.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)