nuffnang

5 Jan 2012

Memahami Intoleransi Makanan

Seharusnya tidak dikelirukan dengan alergi makanan.

Oleh Professor Madya Dr Amir Hamzah Abdul Latiff, Pakar Perunding Pediatrik (Imunologi).

Kebanyakan ibu bapa mengelirukan intolerans makanan dengan alergi makanan. Kedua-duanya TIDAK sama. Malah semuanya berbalik kepada pemahaman asas tentang puncanya.

Sepanjang lima dekad yang lalu, kelaziman alergi makanan telah meningkat secara mendadak di banyak negara, terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, intolerans makanan merupakan masalah yang lebih biasa berlaku di kalangan kanak kanak berbanding alergi makanan.


Mempertimbangkan kepentingan keduaduanya, anda digalakkan mengenal pasti faktor-faktor risikonya di peringkat awal hidup anak anda daripada cuba merawatnya pada masa kemudian hari.


Alergi Makanan
Intoleransi Makanan
punca

Ia adalah tindak balas sistem imun badan terhadap suatu ramuan dalam makanan tertentu yang memudaratkan.

Punca alergi masih belum dipastikan, tetapi berlaku sebagai tindak balas hipersensitif sistem imun terhadap pelbagai makanan.

Ia suatu gerak balas sistem penghadaman, dan bukan tindak balas sistem imun.

Ia berlaku apabila sesuatu makanan merengsa sistem penghadaman seseorang atau makanan tersebut tidak dapat dihadam atau dicerna dengan sempurna, terutamanya apabila makanan diambil dalam jumlah besar.

Gejala

Gejalanya biasanya bertambah teruk dengan cepat, dan muncul dalam tempoh beberapa saat hingga dua jam.

Gejala ketara termasuk reaksi kulit dan kesukaran bernafas. Gejala lain termasuk rasa loya, muntah-muntah, perut kembung dan cirit-birit.

Gejalanya bertambah teruk dengan agak cepat, dari beberapa minit hingga beberapa hari, dan lazimnya bertambah serius apabila semakin teruk

Disebabkan ia melibatkan sistem penghadaman, gejalanya termasuk kerap bersendawa, rasa loya, muntah-muntah, perut kembung, sakit pada bahagian abdomen, cirit-birit.

Sekarang dan selanjutnya

Ia boleh jadi lebih teruk berbanding intolerans makanan dan tidak boleh dipandang ringan. Ia boleh menyebabkan tindak balas secara tiba-tiba dan boleh membawa maut.

Alergi lazimnya berterusan sepanjang hayat. Ia boleh dirawat, tetapi belum dapat diubati secara spesifik. Ada kemungkinan anak anda lama kelamaan mungkin tidak akan lagi mengalami alergi kepada makanan tertentu.

Ia tidak menimbulkan masalah kesihatan yang serius. Sekiranya anak anda mempunyai intolerans terhadap susu lembu dan diberikan susu dalam jumlah yang berkurangan atau alternatif lain, pastikan dia masih menerima zat makanan yang diperlukan oleh badannya.

Apabila anak anda semakin membesar, intoleransinya terhadap makanan tersebut mungkin pulih secara spontan.

Awas

Awasi makanan ini:

Kanak-kanak – susu lembu, putih telur, soya dan gandum
Remaja – kacang tanah, kacang jenis pokok
Dewasa – kerang, udang dan ikan

Ia juga boleh disebabkan oleh ramuan kimia yang ditambah kepada makanan untuk menambah rasa atau warna, yang mungkin tidak boleh diterima oleh badan. Anda perlu tahu bahawa mungkin bukan makanan, tetapi ramuan yang terkandung di dalamnya yang mencetuskan gejala tersebut.

p

Ibu bapa, sila ambil perhatian!

  1. Menyusu bayi anda dengan susu ibu sepenuhnya selama 6 bulan. Ini bermanfaat sebagai pencegah primer terhadap alergi makanan dan mungkin juga bagi intolerans makanan.
  2. Masak makanan yang sihat dan berzat bagi anak anda dan cuba kurangkan makan di luar untuk mengelak makanan yang mungkin mengandungi bahan tambahan. Selalu baca label makanan dan semak ramuan yang disyaki pencetus.
  3. Sekiranya anak anda mempunyai intolerans terhadap susu lembu, cuba minum susu dalam kuantiti yang lebih kecil dan dengan lebih kerap. Dapatkan nasihat doktor anda sekiranya anda mempunyai apa-apa keraguan.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)