Pakar Perunding Pediatrik, Prof Dr Zulkifli Ismail
|
Lampin kain juga sesuai untuk bayi dalam cuaca kita yang panas dan lembap. Bayi mungkin perlu memakai seluar atau kain yang kalis air pada bahagian luar untuk mengekalkan kebasahan hanya dalam lampin. Sebelum menggantikan lampin yang baru, bersihkan najis dari punggung bayi dengan kapas yang dicelup dalam air yang bersih. Bagi kedua-dua bayi lelaki atau bayi perempuan, lap dari depan ke belakang untuk mengelakkan jangkitan kuman ke bahagian kemaluannya. Keringkan punggung bayi dengan tuala. Tukar lampin bayi sebaik sahaja ia basah kerana ini akan mengelakkan jangkitan kulat. Cucilah lampin kain berasingan daripada baju yang lain. Bilas dahulu dengan air, kemudian rendam dalam larutan sabun dan peluntur yang lembut selama 30 minit. Perahkan lampin, kemudian cuci dengan air panas yang dicampurkan sabun lembut. Perhatian kepada Lampin Apabila bayi mula membesar dan dietnya bertukar (dengan pengenalan kepada makanan pepejal dan separapepejal), anda perlu perhatikan tabiat pembuangan najisnya dan lampinnya perlu diperiksa pada waktu-waktu tertentu. Beritahu doktor sekiranya ternampak sebarang tanda-tanda berikut:
Menangani Ruam Lampin Bayi boleh mengalami kemerahan atau ruam pada bahagian bawah abdomen, punggung, kemaluan dan lipatan di pahanya. Punca biasa termasuk:
Ini adalah beberapa cara untuk mengurangkan ruam lampin:
|
Langkah-langkah Melipat Dan Memakai Lampin.
|
1. Tarik bucu bawah ke atas untuk melipatnya menjadi segiempat tepat.
2. Bawa bahagian bucu kiri ke kanan menjadi segiempat.
3. Bawa bucu lipatan yang bawah ke tengah untuk menjadi segitiga.
4. Terbalikkan lampin dan lipat bahagian segiempat di tengah dua
kali untuk menjadi bahagian utama.
5. Lampin telah sedia untuk digunakan.
6.Angkat kaki bayi dengan memegang buku lalinya dan letakkan lampin di bawah.
Bawa bahagian utama ke atas di antara celah kaki.
7. Lipat bucu kiri dan kanan ke perut bayi dan perketatkan.
8. Selitkan jari anda di antara lampin dan perut bayi dan pin lampin.
Berhati-hatilah supaya tidak tercucuk bayi.
No comments:
Post a Comment