Bukan semua sakit abdomen                  dalam kehamilan, merbahaya.
               Oleh Prof                  Madya Dr Tan Ay Eng
               
                
                                                      Walaupun setiap kehamilan adalah berbeza, namun                  sakit abdomen adalah rungutan biasa ibu-ibu hamil. Mungkin ia                  adalah tanda kepada sesuatu yang serius, tetapi biasanya ia merupakan                  reaksi badan terhadap pelbagai perubahan yang dialami semasa kehamilan.                                 Punca sakit perut                -  Implantasi: Semasa implantasi janin pada dinding rahim, akan                    berlaku sakit kejang otot seperti semasa haid. (Nota: Ini berlaku                    pada peringkat awal kehamilan, sebelum kebanyakan wanita sedar                    mereka hamil).
                                    -  Penegangan tisu-tisu sokongan: Selepas trimester kedua, otot-otot                    dan ligamen yang menyokong rahim menegang untuk memberi ruang                    bagi tumbesaran bayi.
                                    -  Kontraksi palsu: Semasa trimester kedua dan ketiga, anda                    mungkin akan mengalami kontraksi palsu atau kontraksi Braxton                    Hicks, yang boleh menyebabkan anda rasa sakit atau tidak selesa.
                                    -  Masalah penghadaman, angin, sembelit atau pedih ulu hati                    yang disebabkan perubahan hormon akan melambatkan kadar proses                    penghadaman anda.
 
  |            
         
                                                                       |   Melegakan sakit perut                  -  Bongkok ke arah bahagian sakit sambil bernafas seperti                      biasa.
                                        -  Duduk di kerusi yang selesa, angkat kaki, tarik dan lepas                      nafas sama rata.
                                        -  Ubah posisi duduk atau bangun dan berjalan.
 
  |              
                              | 
 
No comments:
Post a Comment