makan suatu pengalaman yang ceria dan seronok untuk bayi anda.
Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan
Bagi ibu bapa, makanan pelengkap adalah untuk memastikan bayi mendapat pemakanan yang cukup supaya dapat membesar dengan baik. Untuk bayi anda, ia merupakan suatu pengembaraan yang menarik untuk mencuba rasa, tekstur dan bau yangbaru (apatah lagi melihat tindakbalas ibubapa yang mengagumkan apabila dia mencampak makanan ke lantai!). Teruskan usaha anda untuk memperkenalkan pelbagai jenis makanan yang seimbang bagi bayi anda supaya bayi bersedia untuk makan bersama ahli keluarga di meja makan kelak: |
1. Kotoran dan tekanan Anda harus realistik – jangan harapkan bayi anda makan tanpa bersepah. Tambahan pula, kemahiran motor dan kemahiran mengunyah masih belum berkembang sepenuhnya. Lapiklah lantai dengan surat khabar atau cadar lama. Cadar itu boleh dicuci dan digunakan semula pada waktu makan yang lain. |
|
|
|
5. Kerusi tinggi Gunakan kerusi bayi dengan rim di sekeliling dulang agar makanan tidak jatuh ke lantai. Ia juga harus mempunyai tali pengikat atau palang untuk mengelakkan bayi daripada tergelincir jatuh. |
|
SEMUA ATAS LANTAI, TIADA DALAM PERUT |
Anda mungkin tertanya-tanya adakah bayi anda mendapat makanan yang mencukupi sedangkan kebanyakan makanan bersepah di atas lantai. Sebenarnya, anda tidak perlu risau jika bayi anda masih menyusu badan kerana susu ibu dapat membekalkan kebanyakan khasiat yang diperlukan oleh bayi. Walau bagaimanapun, anda mesti cuba memastikan bayi anda makan makanan yang disediakan – sambil bayi menyuap diri sendiri, anda juga boleh menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. |
No comments:
Post a Comment