Jatuh sakit adalah lazim di zaman kanak-kanak. Menyediakan makanan
yang berkhasiat boleh membantu anak anda sembuh sepenuhnya.
Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan
|
Anda boleh tahu sekiranya kekurangan cecair apabila dia tidak membuang air kecil lebih dari 6 jam, bibirnya kering dan dia keletihan. Untuk mengelak daripada berlaku dehidrasi, berikannya: |
|
Pastikan anak anda minum sekurang-kurangnya 1.5 liter cecair sehari. Anda boleh membenarkannya minum menggunakan straw – si kecil akan berasa seronok. Ini juga dapat mengelak tumpahan dan mengurangkan masa anda untuk membersihnya. Apabila anak anda semakin sihat dan tidak lagi muntahmuntah atau cirit-birit, anda boleh memberikannya makanan berbentuk cecair yang berkhasiat seperti sup atau bubur. Makan |
|
WAKTU PENYEMBUHAN |
Anak anda adalah orang yang terbaik untuk memberitahu anda samada dia sudah bersedia untuk makan makanan pejal. Kurang selera makan bermaksud dia masih belum bersedia, jadi jangan memaksanya. Selera makannya akan bertambah baik apabila dia mula sembuh. Pada waktu itu, berikan anak anda makanan yang berkhasiat untuk membantunya mendapat semula tenaga dan mempercepatkan masa untuk sembuh sepenuhnya. Elakkan makanan yang bergoreng dan berminyak kerana ia sukar untuk dihadam. Pilih makanan atau minuman berasaskan susu seperti kastard, aiskrim atau susu kocak. Anda juga boleh menghidangkan sup, mi atau bubur berserta sedikit daging, sayur-sayuran atau ikan sebagai khasiat tambahan untuk anak anda. Anda boleh memberikannya supplemen multivitamin dan mineral sekiranya dia tidak mahu makan selama beberapa hari, tetapi dapatkan nasihat dari doktor anda terlebih dahulu. |
No comments:
Post a Comment