Ya, anak anda kadang-kala                  menyusahkan, tetapi menjerit pada mereka boleh menyebabkan
                kemarahan, menghancurkan harga diri dan menjadikan mereka ‘si                  penjerit’ juga.
                Disini diterangkan bagaimana anda boleh mengikis tabiat ini.
               Oleh Dr Goh Chee Leong,                  Pakar Psikologi Pembangunan/Kognitif
                
                                                            |                                          | Anda pening kepala dan anak anda berlari                          ke sana sini, menjerit sekuat hati. Anda menyuruh mereka                          supaya senyap sebanyak dua kali; mereka masih tidak menghiraukan                          anda. Jadi, anda menjerit pada mereka untuk, “Duduk                          dan senyaplah!!!” Jika anda pernah menjerit pada anak anda, sudah pasti                          anda tahu sekarang ia tidak berguna lagi. Menjerit tidak                          akan memperbaiki keadaan; ia hanyalah suara yang kuat.                          Anak anda mungkin sudah kebal dengan jeritan anda –                          semakin kuat anda menjerit, mereka semakin tidak menghiraukan                          anda. Anda hilang suara, tekanan darah anda semakin meningkat                          dan rumah anda pasti menjadi tempat yang tidak aman lagi. |  |  | 
           
                                        | KEBURUKAN MENJERIT
 Menjerit akan membuatkan anak anda berasa diri mereka tidak                    baik. Apabila anda menjerit, anda mungkin menghamburkan perkataan                    yang menyakitkan hati dan memberi kesan kepada harga diri anak                    anda. Menjerit membawa kesan yang buruk kepada kanak-kanak yang                    sensitif dan ini menyebabkan mereka menjadi rimas dan meragam.
 BAGAIMANA CARA BERHENTI MENJERIT • Apakah pencetus kemarahan anda?Apakah yang menyebabkan anda menjerit? Adakah anak anda yang                    degil, kecuaiannya atau kerana dia tidak menghiraukan anda?                    Kadangkala, anda akan marah dengan setiap perkara yang tidak                    melibatkan anak anda. Misalnya, adakah anda tertekan selepas                    bekerja dengan teruk di tempat kerja atau selepas bercakap panjang                    lebar dengan ibu mertua anda? Ketahui pencetus kemarahan dan                    waktu tertekan anda untuk membantu menangani kemarahan anda                    dengan lebih baik.
 • Berlalu dari situasiBerehat seketika sekiranya anda berasa ingin menjerit kepada                    anda anak. Beri masa untuk anda bertenang dan berfikir: apakah                    yang anda mahu anak anda pelajari? Kemarahan akan menyebabkan
 anda menghukum anak anda mengikut perasaan dan bukan kerana                    apa yang telah dilakukannya. Ingatlah bahawa hukuman bukanlah                    untuk melepaskan kemarahan anda, tetapi tentang tingkah laku
 yang boleh diterima dan tidak diterima.
 • Bercakap dengan tenangKembali semula kepada anak anda selepas anda bertenang. Bersikap                    tegas dan positif. Terangkan kepadanya sebab-sebab kelakuannya                    tidak diterima dan cara-cara memperbaikinya. Jelaskan dengan                    terperinci apa yang anda ingin anak anda lakukan. Jika dia sudah                    cukup besar, galakkan anak anda untuk memikirkan bagaimana dia                    boleh membetulkan keadaan.
   | 
           
                                                                                 | PENJERIT                          KECIL | 
                                         | Ini adalah fakta: anak                          anda meniru apa yang anda buat. Jika anda menjerit kepada                          anak anda secara berterusan, dia akan membesar dengan                          kepercayaan jeritan adalah satu cara komunikasi yang diterima.                          Apabila anak anda sudah cukup besar, dia pasti akan menjerit                          kepada anda pula. Jadi kikis tabiat ini sekarang. Tetapi                          juga bukan semua jeritan itu tidak baik – jika berlaku                          kecemasan, respon yang terbaik adalah dengan menjerit! | 
 
No comments:
Post a Comment