Kami menemubual Prof Madya Dr Tan Ay Eeng mengenai kebimbangan-kebimbangan
yang dialami oleh wanita yang hamil untuk kali pertama.
![]() |
|
| ![]() |
Bagaimana pula tentang pengambilan suplemen dan herba tradisional? Bolehkah mereka meneruskan pengambilan ubat-ubatan ini? Wanita hamil disarankan supaya mengambil asid folik dan zat besi. Bagaimanapun, hanya ambil ubatubatan yang telah dinasihatkan oleh doktor anda. Bagi herba tradisional yang tidak berasaskan penyelidikan perubatan yang menyakinkan, anda dinasihati supaya tidak mengambilnya. Terutamanya pada tiga bulan pertama kehamilan kerana pada ketika ini, kebanyakan organ-organ penting bayi anda mula membentuk. Sesetengah herba mungkin akan melambatkan pembekuan darah dan perlu dielakkan ketika bulan terakhir kehamilan. Ia dikhuatiri akan menyebabkan pendarahan yang teruk ketika kelahiran atau ketika menjalani pembedahan Caesarean. |
Sesetengah wanita diberitahu bahawa perut mereka kelihatan pelik! Adakah mereka perlu berasa bimbang? Jangan bimbang tentang bentuk atau rupa perut anda kerana ia tidak menunjukkan berat atau keadaan bayi anda. Ini hanya boleh dipastikan setelah doktor anda menjalankan pemeriksaan keatas anda. Imbasan ultrabunyi boleh memberikan maklumat tambahan tentang bayi anda. |
BAGAIMANA PULA DENGAN BAYARAN HOSPITAL? |
Jangan mengelak daripada membincangkan bayaran perubatan dengan doktor anda. Lakukan sedikit kajian dan bandingkan pakej-pakej kelahiran di hospital yang berlainan. Cuba fahami mengapa terdapat perbezaan harga: adakah disebabkan oleh kemudahan, kepakaran atau perkhidmatan tambahan yang ditawarkan? Ambillah sikap yang lebih terbuka dengan doktor anda dan mereka dengan gembira akan menjawab soalan anda. |


No comments:
Post a Comment