Ya, asalkan anda memastikan bahawa terdapat banyak udara bersih yang berkisaran di tempat anda bekerja. Ini akan mengurangkan jumlah kimia yang disedut masuk oleh anda. Juga, pastikan anda memakai sarung tangan dan kemeja berlengan panjang supaya produk pencuci tidak terkena pada kulit anda.
Terdapat beberapa kerja mencuci yang memerlukan anda lebih berjaga-jaga, atau dapatkan orang lain untuk membuatnya.
- Mencuci ketuhar. Pencuci ketuhar mengeluarkan banyak wasap dan adalah sukar untuk mendapatkan peredaran udara yang baik di tempat yang sempit. Baca arahan dan label amaran dengan teliti setiap kali.
- Menggunakan produk pencuci aerosol. Ianya menaburkan kimia secara semburan halus yang pasti akan disedut oleh anda. Jika wasap membuat anda pening, suruh orang lain saja untuk membersihkan. Atau pilihlah produk yang lebih mesra alam, seperti cuka putih disuling dan soda penaik.
Anda juga boleh membeli produk pencuci natural, tiada mengandungi kimia, yang bebas dari bahan toksik yang keras. Jika anda tinggal di pusat bandar yang besar, anda boleh membeli produk natural dari kebanyakan pasaraya dan kedai kesihatan. Mengurangkan jumlah kimia merbahaya di rumah anda sekarang akan juga mengurangkan pendedahan bayi anda kepadanya selepas dia dilahirkan.
Akhir sekali, tidak kira samada anda hamil atau tidak, beringatlah untuk tidak mencampurkan kimia berlainan seperti amonia dan peluntur. Wasap yang dihasilkan boleh menjadi sangat berbahaya kepada sesiapa yang menyedutnya.
No comments:
Post a Comment