Assalamualaikum.....harap bahagia selalu bersama insan tersayang........
24 november 2007 ialah hari dimana satu perkara terjadi dalam hidup ku...
aku masih ingat masa tu aku mengandungkan anak pertama ku....masa tu usia kandungan ku mencecah 8 bulan lebih....
24 november 2007 dalam pukul 12.30pm di tempat kerja ,aku mendapat panggilan dari bapa mertua ku bahawa suami ku dimasuk kan ke hospital kerana terkena renjatan elektrik semasa bekerja menanam kabel ditempat dia ditugaskan....
masa tu hanya Allah saja yang tahu hati dan perasaan aku.....tapi aku kuat kan semangat dan aku cuba xnak fikir yang bukan-bukan pasal suami ku....
selepas tu aku pulang dan terus pergi ke hospital seberang jaya bersama ibu dan adik2 ku...
disana aku tidak dibenarkan meliat suami ku....kawan2 serta majikan suami ku berada disana dan mereka memberitahu ku bahawa tiada apa yang berlaku suami ku cuma sekadar mengalami sedikit luka....aku rasa lega bila mereka cakap macam tu kat aku....aku menunggu diluar wad kecemasan hampir 4jam...tapi aku tidak berpeluang untuk melihat suami ku dan pada pukul 5 lebih dia orang memberitahu bahawan wad icu telah penuh dan kami terpaksa bawa suami ku ke hospital lain......
No comments:
Post a Comment