nuffnang

27 Oct 2011

♥...Warkah untuk Hawa...♥




Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu hawa,
Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.


Hawa…..
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.


Allah bukan tidak menjawab kamu...
















Ada manusia, rasa ditinggalkan Allah SWT.

Dia merasakan, Allah telah berpaling daripadanya. Hidupnya sentiasa sukar, dan kesenangannya tidak pernah lama. Derita, derita dan derita sahaja yang diterimanya. Bila dia merasakan dia baru sahaja bahagia, akan datang pula satu lagi cabaran yang menggegarkan kehidupannya.

Akhirnya dia kelelahan. Kekuatannya kontang. Lantas dia merosot jatuh, terlutut dengan tangisan. Rasa tidak berguna lagi kehidupan. Rasa lebih baik dirinya dijemput kematian segera. Kerana dia kini benar-benar rasa tidak berkemampuan. Derita yang sangat derita, dan kini dia tidak lagi mampu bertahan.

Tetapi, benarkah Allah meninggalkan?

Kebersihan iman
Keimanan adalah keyakinan. Sekiranya iman kita bersih, maka kita akan kekal yakin kepada Allah SWT. Sebab itu kita mampu mengikuti syariatNya, perintahNya, walaupun kadangkala macam sedikit sukar dan membebankan.

Orang Nasrani sekadar ke gereja seminggu sekali, kita perlu solat lima kali sehari. Agama lain kalau puasa sekejap sahaja, kita pula perlu menjalani ibadah puasa 30 hari lamanya. Perempuan lain pakai apa yang mereka suka, Islam ketat mengarahkan wanitanya menutup aurat dan hanya boleh mendedahkan muka dan kedua telapak tangan sahaja.

Keimanan, adalah apa yang memampukan kita melakukan semua itu. Kalau diikutkan kewarasan akal biasa, mungkin kita awal-awal lagi sudah mencerca Allah SWT kerana mengarahkan perkara-perkara yang sedemikian. Tetapi keimanan adalah apa yang meningkatkan kewarasan akal kita dari biasa, kepada luar biasa. Hingga kita faham bahawa, Allah tidak akan memberikan kita perkara yang sia-sia. Semua itu pasti ada hikmahnya. Itulah dia kewarasan kita. Bukan maddi(material) semata-mata.

Jadi, keimanan yang bersih akan membawa kepada kefahaman bahawa segala dugaan dan cabaran, halangan dan kesukaran, semuanya adalah pemberian Allah SWT. Dan msutahil Allah memberikannya sekadar untuk bermain-main dengan kita.

Ada tujuan.

Dan itu adalah bukti, ujian dan halangan, kesukaran dan cabaran, bukanlah petanda Allah meninggalkan kita. Bahkan, sebaliknya. Kita boleh melihat, itulah tanda Allah ‘sedang memandang’ kita.


Tujuan ujian
Kita kembali kepada Allah SWT, dalam tujuanNya menurunkan cabaran dan kesukaran.
“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.

Nyata, tujuan ujian hakikatnya adalah ‘tapisan’. Dunia bukan pentas penerimaan hadiah di mana kita mendapat natijah. Tetapi dunia hakikatnya adalah pentas pertandingan, untuk menguji ‘peserta-peserta’ di dalamnya. Pentas penerimaan hadiah adalah di akhirat sana.

Dan ujian bukan semata-mata ‘tapisan’, tetapi ujian juga datang sebagai ‘pembalasan’ ataupun ‘pembersihan’ ataupun ‘peringatan’.

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” Surah Ar-Ruum ayat 41.

Jadi, ayat di atas jelas menunjukkan betapa kadangkala bala yang menimpa itu, hakikatnya adalah akibat daripada perbuatan kita. Ini termasuklah dosa-dosa yang kita lakukan. Ada sebahagian manusia itu, Allah hapuskan terus bila diturunkan bala ke atas mereka. Sebagai contoh, Kaum Nuh yang majoritinya tenggelam lemas dalam banjir besar. Tetapi wujud sebahagian yang lain, Allah hidupkan selepas menerima ujian, ataupun ujian itu diciptakan memang untuk tidak menghilangkan nyawanya, bertujuan memberikannya ‘tamparan peringatan’ akan keadaan dirinya.

Ujian juga, hakikatnya adalah satu bentuk ‘panggilan’ Allah SWT, agar hamba-hambaNya yang selama ini alpa, merapat kepadaNya. Lihatlah firman Allah SWT:
“Dan apabila mereka dirempuh serta diliputi oleh ombak yang besar seperti kelompok-kelompok awan menyerkup, pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan kepercayaan mereka kepadaNya semata-mata. Kemudian bila sahaja Allah menyelamatkan mereka ke darat maka sebahagian sahaja di antara mereka yang bersikap adil (lalu bersyukur kepada Allah serta mengesakanNya). Dan sememangnya tiada yang mengingkari bukti-bukti kemurahan Kami melainkan tiap-tiap orang yang bersifat pemungkir janji, lagi amat tidak mengenang budi.” Surah Luqman ayat 32.

Jelas bukan? Ujian daripada Allah itu, nyata bukan kosong. Tetapi ada tujuannya. Mustahil sia-sia.
Allah bukan tidak menjawab, tetapi Dia Maha Tahu bila hendak menjawab
Lama bertahan kadangkala membuatkan kita kecewa. Lebih menyakitkan hati, apabila kita cuba meluahkan penderitaan kita, orang lain hanya tahu menyatakan sabar sahaja. Sedangkan yang kita perlu adalah ‘tindakan’, bukan sekadar bicara-perkataan.

Tetapi apabila kita balik kepada hakikat ujian tadi, dan tujuannya, bukankah hati sudah sedikit tenang? Nyata di dalam ujian itu juga yang ada hanyalah kebaikan-kebaikan sahaja.
“Yalah, aku faham semua itu, tetapi aku manusia.”

Ya, saya faham. Saya juga manusia. Sebab itulah saya bermula dengan kebersihan iman, dan mengajak kita memahami hakikat ujian. Sebab saya sendiri pernah gugur dan jatuh. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali. Tersungkur, saat-saat merasakan diri ini ditinggalkan. Pernah hendak cuba menjerit ke langit dan memarahi Allah, pernah juga terfikir untuk merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Saya pernah bersedih hingga ke tahap itu. Dan saya yakin, esok lusa akan ada lagi ujian-ujian yang lebih hebat dari yang pernah saya lalui, yang akan membuatkan saya terlutut semula.

Tetapi, ada kelainan apabila kita memahami apakah itu ujian? Mengapakah diturunkan ujian? Apakah tujuan ujian? Ada perbezaannya apabila kita memahaminya. Apatah lagi apabila kita punya keyakinan terhadap Tuan Punya Ujian.

Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita.

Sebab itu, lihatlah firman-firmanNya berkenaan dengan ‘kelewatan’ pertolonganNya. Semua punya bonus.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Bagaimana agaknya, orang-orang yang teruji, sampai rasa tidak punya lagi harapan, dan pada saat itu sampailah pertolongan yang selama ini diharapkan? Bukankah kekuatannya akan lebih tertingkat? Bukankah dia akan menjadi yang lebih bersyukur? Bukankah keimanannya akan melonjak?

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.” Surah At-Taubah ayat 25-26.

Saat-saat sebahagian manusia telah berputus asa dan berundur, dan sebahagian lain pula kekal bertahan dalam keadaan kekalahan, bukankah apabila Allah turunkan pertolongan pada saat itu akan berlakunya peningkatan terhadap yang kekal percaya? Bukankah telah tertapis daripada golongan pejuang itu mereka yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Allah?

Sebab itu, Allah Maha Tahu bilakah hendak menjawab doa-doa hambaNya.

Dia tahu waktu dan ketikanya.

Yang tinggal adalah kita. Apakah mahu kekal bertahan dan percaya? Atau mengalah, menjadi yang rugi selama-lamanya?


Penutup: Dan ada orang itu, kekal teruji hingga ke akhirnya.
Ada di dalam sejarah, manusia-manusia yang mati dalam keadaan tidak mencapai kemenangan perjuangannya. Seperti Nabi Yahya yang dipenggal kepalanya, seperti Nabi Zakaria yang dibelah tubuhnya, seperti tuk guru kepada remaja dalam cerita Ashabul Ukhdud yang di kerat dua dari kepalanya, seperti Khubaib ibn ‘Adi RA yang mati dilapah-lapah Abu Jahal jasadnya, seperti Mus’ab bin Umair RA yang mati kudung kedua belah tangannya, seperti Anas bin Nadhr RA yang mati dengan 80 tusukan pada jasadnya hingga wajahnya tidak dikenali sesiapa kecuali adiknya yang mampu mengenalinya dari cincin di jarinya, seperti Hamzah RA yang mati dimamah jantungnya, dan seperti ramai lagi manusia yang telah berlalu di zaman ini(Asy-Syahid Hassan Al-Banna, Asy-Syahid Syed Qutb) dan juga zaman terdahulu yang mati sebelum menikmati kesenangan hidup.

Apakah Allah tidak menjawab doa mereka?

Tidak. Allah menjawab doa mereka. Dengan syurgaNya.

“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar. Surah As-Saff ayat 11-12.

Mereka adalah bukti-bukti, buat mereka yang kini teruji dan hampir hilang percaya.

Jadi bagaimanakah kita?

Apakah benar Allah meninggalkan kita?

Hakikatnya, Allah itu tidak pernah meninggalkan hamba-hambaNya.

Tetapi hamba-hambaNyalah yang sering meninggalkan Dia.

Kita ini ingin tergolong dari kalangan mana?

Yang percaya? Atau yang meninggalkanNya?




Fitnah Wanita


Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam memberikan peringatan dari fitnahnya sebagaimana yang diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari shahabat Abu Said Al Khudri radliyallahu ‘anhu, beliau bersabda :
“Hati-hatilah terhadap dunia dan hati-hatilah terhadap wanita kerana sesungguhnya fitnah yang pertama kali menimpa Bani Israil adalah wanita.”


Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengisyaratkan dengan sabdanya :
"Sesungguhnya wanita menghadap dalam bentuk syaithan dan membelakang dalam bentuk syaithan.”


Para wanita menyerupai syaitan karena ia sebagai penyebab timbulnya fitnah bagi laki-laki seperti pernyataan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di atas. Oleh karena itu hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dengan menjaga dirinya dan menjaga kaum lelaki dari fitnah yang ditimbulkan karenanya.


Sabda RASULULLAH S.A.W.;
Tidaklah aku tinggalkan sepeninggalku fitnah (cobaan) yang lebih berbahaya bagi kaum laki-laki daripada (fitnah) wanita. (Muttafaq ‘alaihi)



Wahai sabahatku wanita...

Peliharalah diri kalian...

Tingkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam diri...

Agar kita tidak termasuk dalam golongan yang membawa kepada fitnah.


26 Oct 2011

Usaha Tangga Kejayaan




































NAK KELUAR DARI KESEMPITAN HIDUP??
ATAU INGIN MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN??
Di sini ada program jana income tanpa perlu anda berjumpa orang, jual produk atau kerja dari pagi sampai malam!!
Anda hanya perlu luangkan sedikit masa 2 – 3 jam depan komputer sambil anda download movie, chatting, facebook atau twitter dll….sekaligus dapat manfaatkan internet anda! Mudah bukan?
Jika anda seorang yang ber...minat menambah pendapatan sampingan melalui internet di waktu masa lapang,marilah sertai group Kelabjutawan.
Bersama kami anda pasti tersenyum riang apabila hari-hari mendatang lebih mudah dan anda mampu membayar hutang piutang malahan berbelanja sakan setiap hujung minggu.
Jangan lepaskan peluang ini ”Kami di kelab jutawan mengalu-alukan kedatangan anda dan bersama-sama kita menjana pendapatan melalui internet sebagai agen affiliate kami”
Bagaimana jika saya dedahkan kepada anda rahsia seorang pelajar lepasan STPM menjana RM500 sehari dengan hanya berbekalkan streamyx dan laptop beliau?
Jika anda positif dan mahu mengubah kehidupan, ketahuinya melalui website di bawah
KLIK SINI: http://iluvurl.com/eeja
Jangan ragu2 dgn bisnes KELAB JUTAWAN ini,ayuh apa tunggu lagi sertai kami di KELAB JUTAWAN
INGAT Kelab Jutawan bukan hanya anda join
dan anda tidak tahu apa yang harus dilakukan.
Bersama kelab jutawan anda akan dibimbing sehingga BOLEH berjaya
seperti mereka yang lain.
Jangan lepaskan peluang ini “Kami di kelab jutawan mengalu-alukan kedatangan anda dan bersama-sama kita menjana pendapatan melalui internet..
Daftar Sekarang masukkan nama dan email anda untuk menerima info yang lebih jelas tentang program ini,klik link dibawah
KLIK SINI: http://iluvurl.com/eeja
Saya galakkan anda luangkan sedikit masa untuk membaca maklumat di laman web ini kerana ianya
dapat menjawab sedikit persoalan anda.

Formula kelab Jutawan











Satu konsep kekayaan yang mesti anda faham jika
anda mahu menjana kekayaan dengan cepat dan mudah.

... Anda mesti faham apakah dia "Pendapatan Aktif & Pasif"

Jangan tunggu lagi, saya akan beritahu anda semuanya
disini

Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.
(Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

Pendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa
henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!)

Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak
wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.

Mereka bebas untuk:

- menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks ;)
- sarapan pagi & baca harian metro diwarung!
- bersantai dipantai tanpa gangguan!
- shopping tanpa perlu beratur!
- melihat anak-anak membesar!

Oleh kerana hasil pendapatan mereka banyaknya daripada pasif,
mereka mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.

Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan
orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana
seperti yang anda lihat. Doktor pakar dan doktor gigi tidak
mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.

Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa
sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa
dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif.

Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual. Kebanyakkan
daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak
kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti
kebanyakkan daripada kita.

Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak,
anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan
memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka
ketika waktu yang anda mahukan.

Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif
setiap tahun!

Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda
buat kajian :

* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan
* Pelakon yang mendapat bayaran royalti
* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
* Pencipta software yang menerima royalti
* Pencipta permainan video mendapat royalti
* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini:

"Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta
pendapatan secara pasif?" Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai
masalah. Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan
mula sibukkan diri anda.

Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan
aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang
saya senaraikan diatas tadi. Anda tentu akan berterima kasih kepada
saya nanti ;)



Demi Kejayaan Anda,

Sujairi saidali


PS: Sistem yang saya gunakan memang buat duit
secara pasif untuk saya. Iaitu saya buat duit walaupun
saya tak bekerja, shopping dengan famili, tengok wayang,
atau lepak tengok Akademi fantasia.

Beberapa orang telah gunakan sistem saya kini buat duit
tanpa disedari, sehingga ada yang mencecah 5 angka!



>> http://iluvurl.com/eeja
Apa yang anda tunggu lagi??
Business, Sk Pekan Papar, P.O Box 50, Papar, Sabah 89608, MALAYSIA

To unsubscribe or change subscriber options visit:
http://iluvurl.com/eeja

komputer is a money






Salam sejahtera semuanya,

Harap hari ini hari yang indah dan sejahtera.
Bersama Keluarga yang tercinta.

Hanya Sekadar Mengulangi petikan Kata Kata
... Dari Pakar Pakar Ceramah yang telah bejaya.

Dalam Dunia ini, Tiada seorang pun ingin Gagal,
Semuanya Inginkan kejayaan.
Tapi, mengapa mereka masih gagal,

Jika anda nak tahu mengapa masih Gagal,
Punca UTAMA nya adalah Kerana TAKUT/TIADA KEYAKINAN DIRI !
PUNCA KEDUA ADALAH MALAS.
PUNCA PUNCA SETERUSNYA ADALAH
MALU BERTANYA..!! MUDAH BEPUTUS ASA..!!

YA.....!! TAKUT Untuk berjuang kearah kebaikan sendiri,
Takut mengambil RISIKO !!
Takut Untuk mencuba.Takut Di Tipu,
Takut Gagal,Apabila Perkataan TAKUT
itu dah di Set di minda anda,Sebab
Itulah anda akan TAKUT,
walhal perkara tersebut adalah
untuk anda mencuba mengubah
Nasib anda ke tahap Yang Lebih
baik dan Cemerlang.
Tapi,,,oleh kerana Minda sudah di
SET kan Perkataan TAKUT,
maka anda pun mengabaikannya.
Sedangkan Mungkin PERKARA
yang anda abaikan itu,
dapat merubah kehidupan
anda ketahap Lebih Cemerlang.

OLEH ITU, ANDA SUDAHPUN GAGAL SEPENUHNYA.
Kerana menyerah kalah sebelum Mencuba.
HANYA PESANAN...!! Bersikap Berani Mencuba Utk Merubah Kejayaan
Anda Ke Tahap Yang Lebih Baik..................................................

Kerana Percubaan demi percubaan anda itulah,
Yang akan memberikan anda Pengalaman
Supaya jadi lebih Hebat Pada masa akan datang.
Kerana Ilmu yang tiada nilainya
Adalah Ilmu dari Pengalaman
Yang anda sendiri tempuhi.

Jika Gagal hari ini, tidak bermakna
Gagal untuk esok hari pula.
Malahan kegagalan itulah
Yang akan menambahkan lagi
Ilmu pengetahuan anda pada esok hari.

PERBAIKI SETIAP KEGAGALAN
ANDA HARI INI SUPAYA ESOK HARI
ANDA AKAN JADI LEBIH CEMERLANG.

===========================================
==>> Kejayaan kita hari ini bergantung kepada
keputusan kita mungkin 3-5 tahun yang lalu.
Oleh itu, kejayaan kita 3-5 tahun akan datang
pastinya bergantung kepada keputusan-keputusan
yang kita lakukan hari ini!! Sekarang...!!
Hidup & kejayaan kita adalah berdasarkan
keputusan yang kita lakukan.!

Sekian,,Wassalam.....

PERKONGSIAN IKHLAS
ADMIN SUJAIRI SAIDALI
sujairi360@gmail.com



***********************************************************************
Penerangan Ringkas KJ disini
http://iluvurl.com/eeja

Produk Yang anda Miliki di KJ.
Klik Link Dibawah.
http://iluvurl.com/eeja

IKLAN Usahawan-2 KJ disini.
Klik Link Dibawah.
http://iluvurl.com/eeja

PLAN INSENTIF disini
Klik Link Dibawah.
http://iluvurl.com/eeja


SEMUANYA HANYA RM100 SHJ.
ANDA DAPAT LEBIH DARI ANDA BERI.

***********************************************************************.

Berita baik untuk semua..........










1. Mengesan peluang.. http://iluvurl.com/eeja

Usahawan sejati memang cepat menghidu sesuatu peluang.
... ... Lebih cepat menghidu suatu peluang itu maka peluang untuk
mendapat keuntungan pun semakin besar kerana kalau lambat
mungkin pesaing telah wujud dan ini boleh mengurangkan jumlah
keuntungan yang diperolehi.

2. Hapuskan halangan minda... http://iluvurl.com/eeja

Ya! Halangan dalam usaha memang banyak. Tapi semua itu dapat
diatasi sekiranya kita dapat mengatasi satu halangan ini iaitu 'halangan minda'.
Halangan minda terbesar ialah tidak percaya dengan kebolehan diri sendiri
menyebabkan langkah pertama pun sukar untuk diambil. Tanpa langkah pertama,
bagaimana agaknya untuk melakukan langkah-langkah berikutnya.

3. Tingkatkan kebolehan belajar.... http://iluvurl.com/eeja

Kita mesti cepat belajar. Semakin cepat belajar maka semakin cepat kita
boleh lakukan. Cuma nasihat saya, jangan belajar terlalu banyak tanpa
melakukan tindakan. Cara terbaik ialah belajar dan terus praktikkan.

4. Keluar dari zon selesa... http://iluvurl.com/eeja

Yang Amirul maksudkan dengan keluar dari zon selesa ialah sentiasa
mempelajari skill lain. Contohnya kalau selama ini kita telah selesa dengan
blogging, mungkin kita belajar pula affiliate. Kalau selama ini kita telah belajar affiliate,
mungkin sekarang belajar mencipta produk sendiri.

5. Bina jambatan ilmu... http://iluvurl.com/eeja

Ini boleh dilakukan dengan mengembangkan rangkaian kenalan kita di kalangan
mereka yang berpengetahuan. Dengan mengembangkan rangkaian makan kita
boleh mempelajari pelbagai ilmu lain daripada orang lain.

6. Melabur untuk minda.... http://iluvurl.com/eeja

Saya rasa ini ramai yang sudah sedia maklum. Pelaburan ini boleh dilakukan
dengan membeli bahan maklumat terkini dan menghadiri kursus-kursus tertentu.
Pelaburan minda kalau diaplikasikan akan membawa pulangan yang lumayan.

7. Bersyukur.... http://iluvurl.com/eeja

Ya! Dengan cara bersyukur kita akan lebih kenal dengan anugerah yang telah
diberikan kepada kita untuk kita majukan lagi diri kita.

Cuba abda bayangkan jika anda mampu
menjana sehingga RM800 pada setiap minggu
dengan hanya berbekalkan komputer
dan talian streamyx dirumah anda!!!!!
Itulah yang dirasai oleh salah seorang ahli kelab jutawan iaitu
Mohd Hafizi

Lihat pencapaian beliau

--- >>>> http://www.kelabjutawan.org/HAFIZI.html

Beliau merupakan seorang pegawai bank Islam
yang menetap di kelantan. Walaupun tugasan sebagai pegawai
bank amat ketat tetapi beliau tidak pernah merungut untuk
berusaha lebih untuk mendapatkan lebih untuk masa depan
diri dan keluarga.

edewinto Bukan Hafizi seorang sahaja, bahkan ramai lagi
yang dah berjaya. APA? Budak sekolah pun ada buat duit.

Ya, inilah realiti, apabila Muhhamad Faizul pelajar sekolah
tingkatan 2 berjaya menjana RM450 pada minggu pertama menyertai
Kelab Jutawan.

Dan mereka juga telah berjaya tanpa merungut

-->>>> http://iluvurl.com/eeja


Semoga peluang ini tidak di sia-siakan.

Salam usahawan

22 Oct 2011

5 perkara yg semuanya kita mahu ...

Salam :)

1: Wajah yang cantik – solat subuh

2: Duit yang banyak – solat zohor

3: Kesihatan yang baik – solat asar

4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib

5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak


Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .


Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah ayat 286

sumber : rakan fb..tq.

Iman Hanya Teruntuk Orang yang Allah Cinta ..♥









Renungan Bersama ....Iman Hanya Teruntuk Orang yang Allah Cinta ..♥Sebagian kita menyangka bahwa harta adalah segalanya. Dengan harta pun semuanya makin mudah. Bersyukur memang jika kita berharta, apalagi jika kita dapat menyalurkan harta tersebut pada jalan kebaikan. Namun bagaimana jika kita luput dari dunia. Harta kita barangkali amblas, hilang, dirampas. Sebenarnya, itu pun patut kita syukuri jika Allah masih memberi kita iman.

Ingatlah keimanan itu begitu berharga karena iman hanya spesial untuk orang beriman. Iman hanya diberikan kepada hamba yang Allah pilih. Iman hanya terkhusus bagi siapa yang Allah cinta. Bedanya dengan harta, orang kafir pun bisa mendapatkan bagiannya. Lihat saja jajaran orang kaya di dunia, mulai dari Biil Gates dan Roman Abramovich. Orang beriman dan orang yang sangat kufur sekali pun sama-sama diberi harta. Sedangkan bagaimana dengan iman? Iman hanya ada pada sisi orang beriman. Maka inilah yang patut kita sykuri. Meskipun dunia tidak kita dapat, kita harus tetap bersyukur masih ada sedikit harta yang Allah beri. Meskipun harta kita terbatas, masih ada iman yang begitu berharga yang masih kita rasakan nikmatnya.

Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata,
إِنَّ اللهَ يُعْطِي الدُّنْيَا مَنْ يُحِبُّ وَمَنْ لاَ يُحِبُّ ، وَلاَ يُعْطِي الإيْمَانَ إِلاَّ مَنْ يُحِبُّ
“Sesungguhnya Allah memberi dunia pada orang yang Allah cinta maupun tidak. Sedangkan iman hanya diberikan kepada orang yang Allah cinta.”[1]
Syukurilah yang sedikit karena masih ada iman, nikmat tiada tara yang Allah beri. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ لَمْ يَشْكُرِ الْقَلِيلَ لَمْ يَشْكُرِ الْكَثِيرَ
“Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak.”[2]
Iman begitu berharga. Jika para raja tahu nikmatnya iman di dada, pasti mereka akan mencabutnya. Para salaf mengatakan,
لَوْ يَعْلَمُ المُلُوْكُ وَأَبْنَاءُ المُلُوْكِ مَا نَحْنُ فِيْهِ لَجَلِدُوْنَا عَلَيْهِ بِالسُّيُوْفِ
“Seandainya para raja dan pangeran itu mengetahui kenikmatan yang ada di hati kami ini, tentu mereka akan menyiksa kami dengan pedang.”[3]
Teruslah bersyukur, maka akan diberi tambahan nikmat. Allah Ta’ala berfirman,
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".” (QS. Ibrahim: 7)
Sebenarnya kita sudah mendapatkan dunia seisinya saat kita diberi rasa aman, diberi kesehatan badan dan diberi nikmat makan oleh Allah. Dengan nikmat-nikmat yang terus kita dapat setiap harinya, maka meskipun kurang harta, masih tetap kita harus bersyukur karena dunia seisinya sebenarnya telah kita raih. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ آمِنًا فِى سِرْبِهِ مُعَافًى فِى جَسَدِهِ عِنْدَهُ قُوتُ يَوْمِهِ فَكَأَنَّمَا حِيزَتْ لَهُ الدُّنْيَا
“Barangsiapa di antara kalian merasa aman di tempat tinggalnya, diberikan kesehatan badan, dan diberi makanan untuk hari itu, maka seolah-olah dia telah memiliki dunia seluruhnya.”[4]
Jadilah orang yang qonaah, selalu merasa cukup dengan nikmat yang Allah beri. Dari ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al ‘Ash, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ
“Sungguh sangat beruntung orang yang telah masuk Islam, diberikan rizki yang cukup dan Allah menjadikannya merasa puas dengan apa yang diberikan kepadanya.”[5]
Iman dan takwa itu begitu berharga. Oleh karenanya, selalu mintalah pada Allah iman dan takwa. Meski hidup pas-pasan, jangan sampai iman ini digadaikan hanya karena sesuap nasi atau indomie. Mohonlah pada Allah, jangan sampai iman ini hilang di saat malaikat maut mencabut nyawa kita. Iman dan takwa itulah tanda Allah cinta. Sedangkan harta belum tentu tanda Allah cinta pada hamba. p/s : feel free to share :)

Sumber : Muhammad Abduh Tuasikal.

Dosa Meninggalkan Solat Lebih Besar Dari Berzina...

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.
Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.

Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.

Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.

Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.

Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.

Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”

Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.

Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.


p/s: copy paste from iluvislam..sekadar untuk perkongsian
nauzubillahiminzalikh..jauhkan lah aku dari kedua2nya YA ALLAH...ameen.

Apakah Tuhan Menciptakan Kejahatan ?

Dengan Nama ALLAH Yang Maha PEmurah dan Maha Penyayang..

Ingin dikongsikan sebuah cerita pendek yang mungkin ada pengajaran boleh diambil dari catatan ini, Yang Baik dan Indah itu datang dari ALLAH dan apa yang terkurang dan lemah datang dari sy sendiri..

Apakah Tuhan menciptakan segala yang ada...? Apakah kejahatan itu ada...? Apakah Tuhan menciptakan kejahatan..?

Seorang professor dari sebuah university terkenal menentang mahasiswanya dengen pertanyaan ini "Apakah tuhan menciptakan segala yang ada".

Seorang mahasiswa dengan berani menjawab: "Betul, ALLAH yang menciptakan semuanya".
"Tuhan menciptakan semuanya...?"
Tanya professor sekali lagi.
"Ya, Prof, semuanya" kata mahasiswa itu.

Professor itu menjawab, "Jika Tuhan menciptakan segalanya, bererti Tuhan menciptakan Kejahatan, karena kejahatan itu ada, dan menurut prinsip kita bahwa pekerjaan kita menjelaskan siapa kita, jadi kita bisa mensimpulkan bahawa Tuhan pun adalah sumber kejahatan."

Mahasiswa itu terdiam dan tidak mampu menjawab hipotesis professor. Professor itu merasa menang dan menyombongkan diri bahawa sekali lagi dia telah membuktikan kalau agama itu adalah sebuah mitos.

Tiba-tiba seorang mahasiswa lain mengangkat tangan dan berkata, "Professor, boleh saya bertanya sesuatu..?"
“Tentu saja," jawab si professor

Mahasiswa itu berdiri dan bertanya, "Professor, apakah sejuk itu ada...?"

"Pertanyaan apakah itu...? tentu saja sejuk itu ada. kamu tidak pernah sakit selsama ke..?" tanya si professor diiringi gelak tawa mahasiswa lainnya.

Mahasiswa itu menjawab, "Kenyataannya, Prof, dingin itu tidak ada. menurut hukum fizik, yang kita anggap sejuk itu adalah ketiadaan panas. Suhu-460F adalah ketiadaan panas sama sekali. Dan semua partikel menjadi diam dan tidak bisa bereaksi pada suhu tsb. kita menciptakan kata sejuk untuk mendeskripsikan maksud ketiadaan panas.

Mahasiswa itu melanjutkan pertanyaan, "professor, apakah gelap itu ada...?"
Professor itu menjawab, "Tentu saja itu ada."

Mahasiswa itu menjawab, "Sekali lagi anda salah , Prof. Gelap itu juga tidak ada. Gelap adalah keadaan dimana tidak ada cahaya. Cahaya boleh kita pelajari, gelap tidak. kita boleh menggunakan prisma Newton untuk memecahkan cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari berbagai panjang gelombang setiap warna. Tapi anda tidak boleh mengukur gelap. seberapa gelap suatu ruangan diukur dgn brpa intensitas cahaya diruangan terbabit. Kata gelap dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan cahaya."

Dengan bimbang professor itu menjawab," Memanglah, tapi yang saya maksud di sini adalah KEJAHATAN. kita melihat setiap hari di tv di mana shaja banyak perkara peperangan dan kekerasan diantara manusia dan perkara2 ini adalah manifestasi dari kejahatan."

Terhadap pernyataan ini mahasiswa itu menjawab:
"Sekali lagi anda salah Prof, Kejahatan itu tidak ada. Kejahatan adalah ketiadaan cahaya Tuhan.
Seperti dingin atau gelap, Kejahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan Allah.

Allah tidak menciptakan kejahatan...
Kejahatan adalah hasil dari tidak adanya cahaya Allah dihati manusia. seperti dingin yg timbul dari ketiadaan panas dan gelap yang timbul dari ketiadaan cahaya."

Professor itu terdiam.

Dari cerita di atas kita dapat mengambil hikmah " Bahawa kebenaran itu boleh datang dari siapa saja, tanpa memandang/melihat status, pangkat/golongan, usia dll. kerana kebenaran yang diberikan dari hasil fikiran tidak dapat mengalahkan kebenaran yang berasal dari HATI. kerana hati tidak pernah berbohong, hati adalah wadah untuk menampung hidayah dariNYA. Wahai jiwa yang merindui. Apakah kita mencari makna hidup. Tanpa jawapan yang di temui, hidup pun seperti pohon mati. Mari dekati Allah dengan bertutur bersamanya dengan Solat dan zikrullah.

Sumber : rakan fb

si wanita berpudah n berjubah hitam









Sebuah Kisah

Suatu kisah... Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"Siapakah wanita itu?"

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

"Adakah wanita itu orang gila?"

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.

"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.

"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Di dalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

BERHENTILAH MENYESAL...









"..Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis" (QS53:43) "..tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah (QS64:11) "...pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya" (QS14:25)

Tak usah memulai hari mu dengan menyesal,
Ingatlah lagi bahwasannya semua sudah terencana dalam perencanaan Nya yang sempurna. Tuhanmu tidak akan merugikanmu sedikitpun. Berhentilah menyesal, lepaskanlah..

Wahai jiwa jiwa yang telah dipercaya untuk terbangun dipagi ini, jangan luangkan waktu berhargamu untuk menyesal, karena penyesalan hanya akan menambahkan beban dan menjadi kerikil yang menutup celah celah kebahagiaan dihatimu. .

Selama itu hatimu menyesal, selama itulah ragamu tertindih oleh beban yang kamu fikirkan.
Selama itu pula ketajaman mata hatimu tidak berfungsi, bahkan buta dan memandang Dunia ini buruk. Padahal dunia ini bukan tempat untuk menyesal,

Dunia ini indah dan menakjubkan, isinya ini telah Allah cukupkan untuk seluruh mahluknya - mengisi jiwa jiwa dan perut perut mahluknya - hanya saja manusia kadang terlalu rewel, hingga ia tidak benar benar hidup dalam hidupnya.

Manusia terlalu banyak bertanya dan berkomentar, hingga hidupnya seperti raga raga kosong yang tidak bahagia dengan peranan yang telah dipercayakan atas dirinya. Mereka berharap menjadi orang lain atau ingin mengubah lain,.

Begitu meruginya satu raga yang kebahagiaannya dicuri masalalu, padahal dia hidup di hari ini yang seharusnya ia syukuri.

Betapa tidak bersyukurnya sebentuk tubuh yang terbangun dipagi hari dengan segumpal penyesalan, padahal matahari telah tersenyum tulus dengan sinarnya, untuknya melangkah

Saudaraku, jangan berlama lama terdiam ditemani berpotong potong penyesalan sementara waktu terus bergeser, jangan lengah, sadarilah peluru kematian sedang melesat menujumu..

Lepaskanlah, bangkitlah!
Hari sudah siang, hadapi hari hari dan berhati hatilah sebelum kita benar benar terbangun di suatu hari dengan perasaan menyesal yang sebenar benarnya menyesal.

Sungguh hari itu tidak ada lagi cahaya matahari yang setiap pagi menemui mu..
Sungguh hari itu tidak ada lagi warna warna indah yang menghiasi Dunia seperti pagi atau senja yang biasa. Hari itu hanya ada warna hitam..

Hari itu tidak ada lagi kesempatan untuk menyesal, penyesalanmu sudah terlambat.
Bersiaplah, lukiskanlah warna warna indah itu dari sekarang dengan memahami keindahan Al Islam.

Fikirkanlah dalam dalam, sepenting apakah hal yang kamu sesali di dunia ini ?

Berhentilah menyesal, karena Dunia dan isinya ini akan kamu campakan selepas penguburan jasadmu. Jasad yang saat ini kamu banggakan..

Disana hanya ada warna hitam..
Sepi menanti, ditemani debaran ketakutan..

Fikirkanlah, bahagialah..
Jika engkau dapati tubuhmu terbangun dipagi ini, bukankah itu sebuah kebetulan?
Tidak saudaraku, Allah telah mempercayaimu untuk membangun hari ini sebagai persiapan agar ragamu tidak menyesal nanti. Hari ini, hari kemarin dan hari yang akan datang adalah kesempatan..

Jangan manpaatkan untuk menyesal
Berhentilah menyesal, lepaskanlah..

Kepada siapakah penyesalan itu dialamatkan?
Sungguh tuhanmu tidak merugikanmu, dan janji Nya adalah benar..
Kenapa menuduh dusta, padahal prasangka itu sendiri adalah ucapan paling dusta?

Berhentilah..
Melangkahlah lagi.
Hari ini milikmu yang berharga,

BERHENTILAH MENYESAL...



Gambaran Hari Kiamat

Rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang hamba ALLAH. [Sila Kongsi]

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat
......
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.
✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

21 Oct 2011

ALLAH MENYAYANGI KITA

Ibnu Mas'ud r.a berkata : 'Sesungguhnya ada hamba yang sibuk dengan urusan perniagaan dan kepimpinan sehinggalah dipermudahkan baginya. Lalu Allah memerhatikannya dan berfirman kepada para malaikat, 'Palingkanlah perkara tersebut daripadanya, kerana jika Aku permudahkan perkara itu untuknya, Aku akan masukkannya ke dalam neraka'. Lalu Allah memalingkan perkara tersebut daripadanya. Hamba itu pun sentiasa bersikap pesimis dengan berkata, 'Si polan telah mendahuluiku. Si polan telah memperkenakan aku'. Sedangkan kesemua itu sebenarnya anugerah daripada Allah Azza wa jalla.'

Perkara ini diriwayatkan oleh Ath-Thobarani daripada Anas r.a daripada Nabi s.a.w :

Allah Azza wa jalla berfirman :

'Sesungguhnya ada di kalangan para hamba-Ku orang yang imannya tidak akan dielokkan kecuali oleh kemiskinan. Sekiranya Aku limpah ruahkan rezeki kepadanya, dia akan rosak. Sesungguhnya ada pula di kalangan para hamba-Ku orang yang imannya tidak akan dielokkan melainkan oleh kekayaan. Jika Aku memiskinkannya, dia akan rosak. Sesungguhnya ada di kalangan para hamba-Ku orang yang imannya tidak akan dielokkan kecuali oleh kesihatan. Jika Aku membuatnya sakit, dia akan rosak. Sesungguhnya ada di kalangan hamba-Ku orang yang imannya tidak akan dielokkan melainkan oleh sakit. Jika Aku menjadikannya sihat, dia akan rosak.

Sesungguhnya ada dikalangan hamba-Ku orang yang menuntut satu pintu ibadat, lalu Aku menahannya agar hatinya tidak dimasuki perasaan ujub. Sesungguhnya Aku menguruskan hamba-hamba-Ku berdasarkan pengetahuan-Ku tentang apa yang terkandung dalam hati mereka. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui lagi Amat Mendalam Pengetahuanku'

Kisah Profesor Kagum Dengan Al Quran dan Memeluk Islam

Terbukanya tabir hati ahli farmakologi Thailand Profesor Tajaten Tahasen, Dekan Fakultas Farmasi Universitas Chiang Mai Thailand, menyatakan diri masuk Islam saat membaca makalah Profesor Keith Moore dari Amerika. Keith Moore adalah ahli Embriologi terkemuka dari Kanada yang mengutip surat An-Nisa ayat 56 yang menjelaskan bahwa luka bakar yang cukup dalam tidak menimbulkan sakit karena ujung-ujung syaraf sensorik sudah hilang. Setelah pulang ke Thailand Tajaten menjelaskan penemuannya kepada mahasiswanya, akhirnya mahasiswanya sebanyak 5 orang menyatakan diri masuk Islam.

Bunyi dari surat An-Nisa’ tersebut antara lain sebagai berkut;"Sesungguhnya orang-orang kafir terhadap ayat-ayat kami, kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka, setiap kali kulit mereka terbakar hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain agar mereka merasakan pedihnya azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagiMaha Bijaksana."


Ditinjau secara anatomi lapisan kulit kita terdiri atas 3 lapisan global yaitu; Epidermis, Dermis, dan Sub Cutis. Pada lapisan Sub Cutis banyak mengandung ujung-ujung pembuluh darah dan syaraf. Pada saat terjadi Combustio grade III (luka bakar yang telah menembus sub cutis) salah satu tandanya yaitu hilangnya rasa nyeri dari pasien. Hal ini disebabkan karena sudah tidak berfungsinya ujung-ujung serabut syaraf afferent dan efferent yang mengatur sensasi persefsi. Itulah sebabnya Allah menumbuhkan kembali kulit yang rusak pada saat ia menyiksa hambaNya yang kafir supaya hambaNya tersebut dapat merasakan pedihnya azab Allah tersebut.

Mahabesar Allah yang telah menyisipkan firman-firman-Nya dan informasi sebagian kebesaran-Nya lewat sel tubuh, kromosom, pembuluh darah, pembuluh syaraf dsb. Rabbana makhalqta hada batila, Ya…Allah tidak ada sedikit pun yang engkau ciptakan itu sia-sia.

Subhanallah, maha suci Allah

Keajaiban Tangan Manusia









Dalam huruf arab 8 ditulis dengan ۸ dan 1 ditulis dengan ۱

Huruf tersebut ada tertulis pada tangan kiri anda,
yang mana garis tangan anda disitu muncul bertuliskan ۸۱
Atau dengan huruf latin yaitu 81.

Pada tangan kanan anda garis tangan bertuliskan ۱۸
atau dengan huruf latin yaitu 18.

Bahagian yang menariknya adalah ini :
Jika anda menambahkan 81 dengan 18 maka akan berjumlah 99,
yang mana itu adalah nama – nama indah dari Allah SWT. yang disebutkan dalam Al-Qur’an atau disebut dengan Asma’ul Husna.

Juga jika anda kurangi 81 dengan 18 maka akan berjumlah 63,
pada umur 63 Nabi Besar Muhammad SAW meninggal dunia dan agama Islam telah menjadi sempurna …!!!

mengagumkan bukan?? Ini adalah seperti halnya KALIMAH
dituliskan pada tangan anda
TIADA TUHAN SELAIN ALLAH DAN MUHAMMAD UTUSANNYA

Subhanallah

Seorang doktor neurologi menemui keajaiban Al Quran

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk agama Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an".

Kajian pengubatan melalui Al-Qur'an pembuatan ubat-ubatannya berdasarkan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuk pula berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam?, maka doktor tersebut memberitahu bahawa pada saat beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh udara. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan waktu, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud pada saat mengerjakan Sholat!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa waktu tertentu saja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah SWT!!!

Apabila kita tidak menunaikan sholat, bererti otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! dengan kejadian ini sebenarnya manusia diciptakan adalah untuk memeluk agama Islam ''sepenuhnya'' karena sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah SWT dengan agama-Nya yang indah ini."

Subhanallah

Petua IMAM SHAFI'I

Disini adalah petua dari IMAM SHAFI'I

** 4 PERKARA UNTUK SEHAT ;

Empat perkara menguatkan badan
1. Memakan daging ( yang halal )
2. Memakai wewangian ( non alkohol )
3. Sering mandi
4. Berpakaian dari kapas / cotton

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang asam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak membual
2. rajin gosok gigi
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk sholat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG SERAKAH
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


* Ilmu yang bermanfaat adalah salah satu amal yang kekal bagi orang yang mengajarkannya meskipun dia sudah meninggal dunia.

HARI NAKBA : Kecelakaan Palestin 15 Mei 1948


































63 tahun lalu, di sebuah tanah tercinta umat Islam bersamaan 15 mei 1948. Itulah Hari Nakba (يوم النكبة, bermaksud "hari kecelakaan") merujuk kepada hari memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada tahun 1948. Hari ini pelarian Palestin atau keturunan mereka dianggarkan berjumlah lebih 4 juta orang.

Hari ini mula diraikan pada tahun 1998 oleh Yasser Arafat, dengan kehadiran lebih satu juta orang dalam perarakan. Hari ini dirai dengan ucapan dan perarakan di Tebing Barat, Gaza dan di negara-negara Arab. Tunjuk perasaan juga pernah diadakan di London (2003) dan bandar raya New York (2004).


Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Perancangan British

Sebenarnya rancangan ini bertitik tolak 1916, Kerajaan British telah membuat perjanjian rahsia dengan Perancis (perjanjian Sykes-Picot) untuk berkongsi Empayar Othmaniyyah dengan sebahagian daripada Palestin diberi kepada Britian dan diikuti dengan Deklarasi Balfour tahun 1917 di mana Britian menyokong hak penempatan kepada orang-orang Yahudi di Palestin.

Ditambah lagi dengan rangkaian Zionis yang kuat dieropah maka bermulalah titik hitam dalam hidup rakyat Palestin. Pertembungan paling parah meletus pada tahun 1936 sehingga Inggeris mengesahkan lepas tangan dari Deklarasi Balfour pada 1939.

Pembersihan Etnik Bermula

Walau bagaimanapun dari tahun 1946 dan seterusnya Zionis tinggal di Palestin dan berlakukan pembersihan etnik tatkala pembahagian Palestin dilakukan sehingga sehinggalah rancangan ketenteraan berskala penuh bermula pada bulan Mac 1948, ketika Rencana D sepenuhnya dilaksanakan.

Pada tarikh 9 April 1948, pasukan Zionis termasuk Geng Stern dan Irgun yang terkenal dengan unit keganasan memasuki desa Deir Yassin di Palestin dan menyerbu rumah-rumah dengan tembakan mesingan, membunuh ramai penghuninya. Yang selamat kemudian dikumpulkan bersama-sama dan dibunuh, korban termasuklah 30 bayi. Antara 100 dan 200 Palestin dibunuh di Deir Yassin (Geng Irgun dengan bangga mengatakan bahawa bilangan yang dibunuh adalah 256) dan kemudian kampung tersebut diratakan dengan tanah.

Menachem Begin, Ketua Organisasi Pengganas Irgun dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri Israel berkata dengan bangganya:
“Seperti di Deir Yassin dan di mana-mana sahaja... Oh Tuhan, Oh Tuhan, Engkau telah memilih kami untuk membukanya.”

Adapun di sebahagian desa penduduk hanya dibenarkan meninggalkan rumah mereka tidak boleh mambawa harta benda sebelum rumah mereka diletupkan dan kampung mereka diratakan. Ada banyak pembunuhan brutal yang lain, misalnya pada tarikh 22 Mei, 200 laki-laki berusia antara usia 13 dan 30 tahun dibunuh dengan dengan kejam di Tantura.

Berikut merupakan kenyatan saksi-saksi yang direkodkan.

"Mereka membawa kami keluar satu demi satu, menembak orang tua dan ketika salah seorang anaknya menangis ia juga akan ditembak. Lalu mereka memanggil Muhammad adik saya dan menembak dia di depan kami dan ketika ibuku berteriak membongkok di atasnya dengan membawa adik saya Hudra di tangannya, masih menyusu - mereka menembak dia juga."

"Lelaki menginjak rakan-rakan mereka dan wanita pada anak-anak mereka sendiri. Kapal-kapal di pelabuhan diisi dengan mayat hidup. Pemandangan yang amat mengerikan. Banyak kapal terbalik dan tenggelam bersama semua penumpang mereka."

Sekalipun ada pasukan tentera Arab memasuki Palestin, tapi mereka terlalu sedikit, terlambat dan tidak sesuai berdepan dengan pasukan Israel yang terlatih dan bersenjata canggih.

Pada masa gencatan senjata pada tahun 1949 Israel telah memperoleh 78% dari Palestin, berjaya mengusir keluar lebih dari 750,000 orang Palestin, dan lebih dari 400 desa Palestin terhapus.


Pelarian Dari Nakba

Lebih dari tiga perempat juta orang Palestin melarikan diri dari pembunuhan 1948-49 berada di kem-kem pelarian di Tebing Barat, Gaza, Jordan, Lubnan dan Syria.

Di tempat-tempat inilah masih terdapat keturunan mereka yang masih hidup, melihat rumah dan tanah mereka sendiri, melihat dengan mata kepala mereka sendiri tentera mengusir mereka keluar. Israel terus melakukan kekejaman, pada bulan Jun 1967 menduduki sisa dari mandat Palestin - Tebing Barat, Jerusalem Timur dan Semenanjung Gaza - dan terus merampas tanah Palestin, menempatkan pemukiman Yahudi berskala besar.
Perancangan Israel Setiap pembongkaran rumah dan rampasan tanah meningkatkan jumlah pelarian Palestin. Gaza telah diubah menjadi kem penjara terbesar dalam sejarah, dengan serangan keganasan dan pengeboman tentera Israel.

Palestin secara berperingkat diusir dari Baitulmuqaddis, walaupun terdapat peruntukan sebagai corpus pembahagian antarabangsa oleh PBB, dan Israel telah membina bandar bertembok dari Tebing Barat.


Nakba masih berterusan

Israel terus menolak untuk membenarkan 2-3 juta Palestin yang sekarang ini menjadi pelarian di negara-negara sekitarnya untuk kembali. Kawasan yang masih berbaki untuk pembentukan negara Palestin terbahagi kepada lima blok yang terputus dengan tembok pemisah hanya menyamai 13% dari jumlah keseluruhan Palestin. Jalan penyelesaian membina dua-negara dalam satu kawasan tanah bukan sahaja hampir mustahil bahkan ia mustahil berlaku.

Kini 63 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan:

Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.

Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa.

Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.

Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 63 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.
Tembok pemisah gergasi..

Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.

Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan.

Bertaubatlah, pintu taubat masih terbuka
















































Diambil dari Idris Abdul Rashid, dan saya rasakan ia amat menyentuh hati dan kita sebagai hambaNya harus sedar perihal ini. Bersesuaian dengan ungkapan kita sehari-hari : BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, yang membawa maksud dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

........
Saya ingin berkongsi satu hadith yang penting buat semua, dimana hadith yang menggambarkan supaya manusia tidak pernah putus ada dalam memohon taubat dan ampun biarpun melakukan dosa itu berulang kali dan memohon ampun juga berulang kali. Sungguh Allah lebih dekat kepada kita dari urat tengkuk kita sendiri, Baca dan hayati dan jangan putus asa memohon taubat, syaitan akan sentiasa menmbuat kita putus asa :


Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw bersabda:

“Seorang hamba melakukan dosa, dan berdo’a: Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa maka ampunilah aku. Tuhannya berfirman: hamba-Ku mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu.
Kemudian waktu berjalan dan orang itu tetap seperti itu hingga masa yang ditentukan Allah SWT, hingga orang itu kembali melakukan dosa yang lain. Orang itupun kembali berdo’a: Ya Tuhanku, aku kembali melakukan dosa, maka ampunilah dosaku. Allah SWT berfirman: Hamba-Ku mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya, maka Aku ampuni hamba-Ku itu.
Kemudian ia terus dalam keadaan demikian selama masa yang ditentukan Allah SWT, hingga akhirnya ia kembali melakukan dosa. Dan ia berdo’a: Ya Tuhanku, aku telah melakukan dosa, maka ampunilah daku. Allah SWT berfirman: Hamba-Ku mengetahui bahwa ia mempunyai Tuhan Yang mengampuni dan menghapus dosanya. Maka Aku telah berikan ampunan kepada hamba-Ku, (diulang tiga kali) dan silakan ia melakukan apa yang ia mahu”

[Hadis Muttafaq alaih: lihat: al Lu'lu wa al Marjan (1754) dan lihatlah: Fathul Bari juz 13 hal. 46 dan setelahnya].

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)