nuffnang

28 Sept 2011

Tips Untuk Mendapat Network Berkualiti



Ini adalah sedikit tips untuk mendapat network yang ramai.

Kita sedia ketahui, dalam perniagaan perkhidmatan terutamanya, networking memang penting. Istilah yang selalu sangat digunakan adalah If you are not networking, you are not working!

Menurut buku Love is the Killer App: How to win Business oleh Tim Sanders, beliau mendesak untuk “mencintai” network kita. Maksudnya untuk benar-benar ingin membantu dan melihat orang lain berkembang. Dan bukannya semata-mata menggunakan network untuk kepentingan sendiri sahaja.

Dalam mendapat network yang berkualiti, 3 perkara penting perlu anda miliki:

  • Perlu Berilmu

Untuk mendapatkan network yang baik, anda perlu menunjukkan anda seorang yang berilmu. Anda perlu banyak membaca buku dalam bidang anda sendiri. Sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari berkenaan dengan industri anda. Ilmu ini dapat dikongsikan dengan network anda.

  • Perlu Menambahkan Jaringan

Cari peluang untuk ke majlis atau network gathering. Lebih ramai orang anda jumpa, lebih banyak peluang network anda boleh dapat. Satu peringatan di sini adalah, di sesuatu majlis, jangan terlalu sibuk berpindah-pindah tempat dan mengedarkan kad bisnes anda. Fikirkan KUALITI hubungan yang anda boleh jalinkan, dan bukan sekadar KUANTITI.

  • Perlu Mempunyai Perasaan Tolong-menolong

Utamakan network anda dan bukan agenda anda terlebih dahulu. Lebih banyak bertanya dan mendengar daripada anda sahaja yang bercerita. Sebolehnya, bantu network anda tidak kira bidang apa pun, sebagai contoh, sekiranya network yang anda kenali seorang pemilik perniagaan cetakan, selepas berjumpa dan kenal, cuba dapatkan pelanggan cetakan untuknya. Anda tidak akan rugi apa-apa. Malahan, dengan mengutamakan agenda network anda, pastinya memberi kesan hubungan jangka panjang untuk anda!

Jadi, untuk memudahkan anda melakukan network, ingat 3 perkara ini:

Ilmu + Tambah jaringan + Tolong-menolong = Network yang berkualiti!

Article diambil dari : http://www.irfankhairi.com/blog/perniagaan/minggu-pelanggan-tanpa-had-tip-untuk-mendapat-network-berkualiti/

SESIAPA YANG INGIN MENGUBAH NASIB & INGIN MENERIMA KOMISEN TIAP2 MINGGU IKUT ARAHAN DI BAWAH Ni k... cara2 nak join senang je ikut arahan kat bawah ni: klik link saya :

http://iluvurl.com/eeja @
http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=eeja

atau pun di jutawan muda(eeja) bahagian bawah sekali isi nama & email pastu terus g cek email :)
p/s tulis reference no semua dan kat ruangan anda mengetahui kelab jutawan dari siapa tulis nama HASLIZAWATI BINTI ABU HASSAN pastu submit :)

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)