nuffnang

28 Sept 2011

Tips Bekerja Di rumah -Sumber diambil daripada anakkusayang dan telah diubah suai.


Sekarang, ramai orang ingin menceburi dunia perniagaan internet. Namun kebanyakan dari mereka kecundang sebelum sempat mendapat keuntungan. Mereka kecundang bukannya disebabkan gagal dalam perniagaan tetapi gagal mengawal diri. Artikel ini akan mengajar anda tujuh tips untuk anda mengawal diri dan seterusnya memastikan anda menyiapkan kerja yang sepatutnya anda siapkan.

Tips pertama : Lawan habit yang buruk.

Habit adalah musuh utama bagi mereka yang ingin berjaya. Anda catatkan habit – habit yang menghalang anda dari berjaya. Adakah anda seorang ketagih menonton dvd atau televisyen? Adakah anda seorang yang malas untuk bekerja ? Anda catatkan semua habit atau perangai yang menghalang anda dari berjaya dan tanamkan keazaman untuk melawan semua habit tersebut. Jika anda seorang yang pemalas, anda perlu rajinkan diri anda. Jangan takut dengan kekalahan, teruskan mencuba. Melawan habit sebegini memang mengambil masa. Namun, ianya memang berbaloi.

Tips kedua : Tetapkan masa untuk periksa emel.

Kadangkala perniagaan internet anda tersangkut kerana anda suka menunggu dari mengejar. Anda membuka emel setiap lima minit untuk memeriksa sama ada pesanan dari pelanggan atau tidak. Akhirnya, anda banyak membazir masa membuka emel berbanding menyiapkan kerja. Tetapkan masa untuk periksa emel dan disiplinkan diri untuk mengikut peraturan yang anda sendiri tetapkan.

Tips ketiga : Jauhkan diri daripada handphone ketika membuat kerja.

Jangan bermain sms sambil bekerja. Ia akan menghalang konsentrasi anda. Jika ada panggilan telefon, pastikan ia adalah hal penting. Jika tidak, anda cepat – cepatlah habiskan perbualan itu. Anda boleh lakukan panggilan dan membalas sms selepas menyiapkan kerja anda.

Tips keempat : Tetapkan masa melayari Facebook atau Twitter.

Jangan buka Facebook atau Twitter jika anda tidak yakin anda boleh keluar darinya. Apabila terbuka, cepat – cepat tutup dan fokus kembali pada kerja.

Tips kelima : kurangkan bilangan tabs di pelayar internet.

Sekarang IE, firefox dan Chrome menyediakan perkhidmatan tab berbanding membuka windows baru. Anda minimumkan tab pada website yang ada kaitan dengan kerja anda sahaja. Terlampau banyak tab terbuka akan menganggu pemikiran anda seperti anda terlihat yang emel baru masuk dan sebagainya di tab yang anda tidak gunakan.

Tips keenam : Mulakan hari anda dengan menulis To Do List.

Pada pagi hari, senaraikan perkara yang anda ingin lakukan. Kemudian anda laksanakan apa yang telah anda rancang.

Tips ketujuh : Keazaman yang kuat.

Setiap kerja yang anda ingin lakukan, lakukannya dengan penuh semangat dan jangan berhenti selagi anda tidak menyelesaikannya.


SESIAPA YANG INGIN MENGUBAH NASIB & INGIN MENERIMA KOMISEN TIAP2 MINGGU IKUT ARAHAN DI BAWAH Ni k... cara2 nak join senang je ikut arahan kat bawah ni: klik link saya :
http://iluvurl.com/eeja @
http://www.kelabjutawan.org/index.php?ref=eeja

atau pun di jutawan muda(eeja) bahagian bawah sekali isi nama & email pastu terus g cek email :)
p/s tulis reference no semua dan kat ruangan anda mengetahui kelab jutawan dari siapa tulis nama HASLIZAWATI BINTI ABU HASSAN pastu submit :)

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)