nuffnang

30 Sept 2011

Apa bayi perlukan untuk berkembang maju=Ditulis untuk BabyCenter Malaysia




Anda tidak memerlukan menjadi pakar dalam perkembangan bayi untuk memberikan bayi anda satu permulaan hidup yang terbaik baginya. Kasih sayang, perhatian dan penjagaan asas adalah perkara-perkara utama yang perlu dan diinginkan oleh bayi anda. Untuk membantu bayi anda mencapai potensinya secara penuh, ikutilah langkah-langkah yang mudah ini.

1. Tunjukkan kasih sayang anda

Kanak-kanak perlukan kasih sayang. Penjagaan dan sokongan anda memberikan anak anda asas yang terselamat yang membolehkan dia boleh menerokai dunia. Ini bukan merupakan nasihat bercorak demonstratif semata-mata. Kasih sayang, perhatian dan kemanjaan semasa tahun-tahun pertama kehidupan boleh mendatangkan impak atas pertumbuhan fizikal, mental dan emosi bayi anda secara langsung dan boleh diukur.

Bagaimana anda menunjukkan kasih sayang? Peluklah dia, sentuh, senyum, beri galakan, dan beri perhatian kepada apa yang dia perkatakan dan mainlah dengan si kecil anda seberapa kerap yang mungkin. Anda tidak akan memanjakannya jika anda terus memberi perhatian apabila dia menangis, terutama sekali di sekitar usia enam bulan pertama. Sebenarnya, pakar-pakar menyatakan bahawa memberi respon kepada bayi anda apabila dia terganggu (dan juga apabila dia gembira) membantu anda membina kepercayaan dan ikatan emosi yang kuat. Satu kajian berpendapat bahawa jika anda memberi respon yang cepat kepada tangisan bayi anda dalam bulan-bulan pertama dia tidak akan menangis sangat apabila dia lebih besar.

2. Menjaga keperluan asas bayi

Bayi anda memerlukan kesihatan dan tenaga untuk belajar dan membesar, dan anda boleh membantu dengan menyediakan keperluan asasnya. Bawa dia ke klinik bayi untuk memeriksa berat badannya secara kerap dan berbincanglah dengan doktor keluarga anda jika anda mempunyai sebarang keraguan. Jangan lupa menyimpan rekod imunisasi atau pemvaksinan dalam keadaan kemaskini.

Tidur
Tidur bukan sesuatu yang membuang masa bagi bayi anda, jadi bantulah dia untuk mendapat tidur yang banyak. Semasa tidur REM (gerak mata cepat) sel-sel otak bayi anda giat membuat hubungan-hubungan penting. Sinaps-sinaps, namanya, ini adalah laluan-laluan yang membolehkan semua pembelajaran, pergerakan dan pemikiran. Ianya adalah kunci kepada pemahaman bayi anda tentang segala yang dia nampak, dengar, rasa, sentuh, dan bau semasa dia menerokai dunia.

Pemakanan
Susu ibu atau susu formula akan menyediakan semua nutrien yang diperlukan bayi anda bagi enam bulan pertama, dan akan menjadi bahagian penting dietnya sehingga usia satu tahun. Menyusu badan adalah paling baik untuk bayi - antara faedahnya, kajian telah menunjukkan bahawa bayi yang disusukan oleh ibu mempunyai kadar rendah bagi:Walaupun susu formula tidak boleh menyamai kesemua ciri-ciri unik susu ibu, bayi yang menerima susu formula juga berkembang maju, jadi janganlah terlalu kesal jika anda tak dapat menyusukan bayi anda.

(Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang pola tidur atau pemakanan bayi anda, bercakaplah dengan doktor keluarga anda atau pakar pediatrik.

Penjagaan harian
Beri perhatian kepada keselesaan fizikal bayi anda dengan pantas. Jika dia terlalu panas atau lampinnya basah, bertindaklah dengan menanggalkan satu lapis bajunya atau menukar lampinnya. Anda dan bayi anda merupakan satu pasukan, dan satu daripada tugas anda ialah bagi menguruskan perkara-perkara asas supaya dia boleh meneruskan tugas-tugasnya yang mencabar!

3. Bercakap dengan bayi anda

Cara paling baik untuk merangsang otak bayi anda ialah dengan berbual dengannya. Anda boleh mulakan ini semasa kehamilan anda - ianya cara yang baik bagi memulakan proses pengikatan. Bercakap dengan kanak-kanak akan membuatkan mereka komunikator yang baik, dan ini akan membantu mereka belajar dengan baik di sekolah dan mempunyai hidup yang bahagia dan memuaskan.

Sebaik saja anak anda dilahirkan, bercakaplah dengan dia semasa anda menukar lampinnya, memberi dia makan dan menukarkan bajunya. Dia akan memberi reaksi jika dia tahu yang kata-kata anda itu ditujukan kepadanya, jadi lihatlah mukanya semasa anda bercakap.

Jangan bimbang jika apa yang diperkatakan itu bukan sesuatu yang bernas. Memadailah bagi anda menceritakan apa yang anda sedang lakukan dan apa bayi anda sedang lakukan. Sebagai contoh, "Mak sedang menuangkan air suam ke dalam besen mandi supaya kamu menjadi cantik dan bersih." Jangan cuba mengelakkan daripada mengguna tutur bayi semasa bayi anda masih muda. "Pertuturan bayi", nama baginya, digunakan di seluruh dunia. Kajian menunjukkan bahawa bayi muda sebenarnya lebih suka percakapan ini yang bernada tinggi dan perlahan digunakan oleh ibubapa apabila berkomunikasi dengan bayi mereka.

4. Membaca kepada bayi anda

Membaca secara kuat adalah antara perkara penting yang anda boleh lakukan untuk membina himpunan perkataan yang dimilikinya, merangsang imaginasi dan meningkatkan kemahiran bahasanya. Ia juga memberi kesempatan bagi anda memeluknya dan berinteraksi sosial. Cerita sebelum tidur adalah cara baik bagi memulakan rutin waktu tidur bagi bayi anda, dan sememangnya kanak-kanak sudah dapat menikmati cerita mudah dari buku diperbuat kertas keras seawal usia enam bulan.

5. Meransang derianya

Untuk bayi anda belajar tentang manusia, tempat-tempat dan perkara-perkara tertentu, dia perlu didedahkan kepadanya. Setiap interaksi baru memberi dia informasi tentang dunia ini dan tempatnya di dalamnya.

Kanak-kanak boleh menjadi terlalu terangsang; jangan pula anda membedil bayi anda 24 jam sehari atau cuba merangsang kesemua derianya pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, apabila dia berminat untuk bermain, sediakan beberapa mainan dan objek-objek lain. Pilihlah benda-benda yang mempunyai bentuk, tekstur, warna, bunyi dan berat yang berlainan. Belajarlah tentang kesan muzik atas perkembangan anak anda pada usia-usia tertentu, dan nyanyikan lirik dodoi-dodoi yang digemari. Main mainan interaktif seperti ba cak dan mainan tepuk tangan pat-a-cake, pergi berjalan-jalan dan membeli-belah bersama-sama, dan beri peluang untuk bayi anda menemui orang-orang baru. Aktiviti-aktiviti harian yang paling mudahpun akan merangsang perkembangan otak bayi anda. (Jika anda mahu mencari idea-idea mainan yang mudah untuk bermain di rumah dengan bayi, pergilah ke bahagian Mari bermain!) kami.

6. Berilah anak anda ruang untuk merayau.

Untuk membina otot-otot kuat, imbangan dan koordinasi yang baik, dia memerlukan banyak rang untuk merangkak, menjelajah, dan akhirnya berjalan. Dia juga akan mendapat faedah jika disediakan tempat-tempat selamat di mana dia boleh meneroka persekitarannya dengan tidak ditegur "Jangan" atau "Jangan sentuh". Cara paling senang untuk melakukan ini ialah dengan membuatkan rumah anda selamat untuk bayi seberapa yang boleh. Jauhilah objek bahaya daripada capaian bayi anda dan pastikan yang selamat itu boleh dicapai olehnya. Contohnya, dalam dapur, pasangkan kunci selamat bayi pada semua kabinet kecuali satu. Penuhkan yang itu dengan mangkuk-mangkuk plastik, cawan sukat, sudu kayu dan periuk belanga yang bayi anda boleh bermain dengan selamat.

7. Dedahkan kepada cabaran-cabaran baru

Elakkan daripada mengecewakan anak anda dengan mainan dan aktiviti yang terlalu sukar bagi dia memahami. Walau bagaimanapun, sedikit cabaran adalah baik untuk kemajuan diri. Apabila sesuatu aktiviti itu tidak difahami oleh bayi dengan senang, dia akan terpaksa mencari jalan baru untuk menyelesaikannya. Menyelesaikan masalah cara ini adalah caranya untuk meningkatkan kepintaran otak. Jika dia cuba membuka kotak, misalnya, bersabarlah dan jangan cuba menolong dia. Biar dia mencubanya dahulu. Jika dia masih bergelut-gelut, tunjukkan dia bagaimana ia dilakukan, kemudian, berikan kembali kotak tertutup kepadanya supaya dia boleh mencuba dengan sendiri.

8. Jagalah diri anda

Jika anda terasa murung atau terganggu, anda akan mendapati sukar untuk bertindak secara pantas dan sensitif terhadap keperluan bayi anda. Kemurungan akan memberi kesan terhadap kebolehan anda untuk berinteraksi dengan bayi anda dan boleh mendatangkan kesan jangka panjang atas perlakuan dan pembelajaran bayi anda, mengikut beberapa kajian. Jika anda bergelut dengan kemurungan posnatum, dapatkan pertolongan. Beritahu doktor anda bila-bila masa anda merasakan yang anda mungkin mengalami kemurungan.

Jika anda merasa tersangat letih, carilah jalan untuk membahagikan tanggungjawab rumahtangga dan keibubapaan dengan suami anda. Jika anda ibu tunggal, kelilingilah diri anda dengan orang-orang yang boleh memberi bantuan dan sokongan. Dan jangan lupa untuk melayan diri anda secara istimewa sekali sekal. Menjadi ibubapa - terutama sekali ibubapa yang betul-betul terlibat dan aktif - amat meletihkan, dan anda perlukan masa untuk mendapatkan kembali tenaga anda.

9. Carilah pengasuh bayi yang baik

Jika anda bekerja dan tidak dapat menjaga bayi anda semasa siang hari atau perlukan pengasuh secara kerap, pengasuhan bayi yang berkualiti tinggi adalah penting untuk perkembangan bayi yang sihat. Anda mahukan seorang yang boleh melakukan kesemua yang disebut di atas apabila anda tiada bersama bayi anda.
Samada orang yang menjaga anak anda itu seorang pengasuh bayi, saudara atau pengasuh di taman asuhan, dia mestilah berpengalaman, penyayang, mempunyai reputasi yang baik, dan betul-betul sukakan kanak-kanak dan mempunyai cukup tenaga untuk membantu anak anda berkembang maju.

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)