nuffnang

16 Aug 2011

Tip perniagaan Internet: Promosi di Facebook





Salam,Hari ini buka email dan terbaca tentang tips Promosi Di Facebook di dalam email...Rasa-rasa perlu dikongsikan ni sebab ramai antara kita buat promosi di Facebook...Baca Dulu ya!!!

Tip perniagaan Internet: Promosi di Facebook

Jangan lakukan SPAM di Facebook. Seperti email, Facebook juga tidak lari dengan masalah SPAM. Spam bermaksud menghantar iklan kita pada mereka yang tidak berminat dan pada mereka yang tidak mahu diiklankan. Golongan ini tidak meminta maklumat dari anda, dan anda tetap menghujani mereka dengan iklan-iklan. Ini dikenali sebagai SPAM.

Di Facebook, antara kaedah spamming yang anda patut elakkan adalah seperti tagging gambar-gambar orang lain (akaun milik orang lain) dengan iklan perniagaan, serta memasukkan iklan ke dalam ruangan komen akaun milik orang lain. Ini adalah spamming di Facebook.

Fikirkan sekiranya orang lain mempromosikan perniagaan mereka di Facebook anda, adakah kita akan suka? Sering kali jawapannya tidak.

Begitu juga halnya dengan orang lain. Iklan-iklan yang tidak diundang ini atau spamming hanya akan menjatuhkan kredibiliti dan kepercayaan orang terhadap perniagaan anda. Elakkan dari melakukan kesilapan ini!

Dipetik Dari: Irfan Khairi

No comments:

Post a Comment

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)