Assalamualaikum....
emmmm...ari nie ingat nak citer pasal mama-mama yg hamil tp xjd la, apa kata kita citer pasal suami yang nak jd ayah....hehehe...mentang2 la mama eeja nie kerja kat klinik kan ....apa perasaan dioarang ye bila nak jd ayah,abah,papa...emmmm...mesti teruja kan...tapi terdetik tak dalam kotak fikiran ayah2 di luar sana bagaimana nak jd ayah yg baik?
Mengikut panduan ayah dalam majalah mama & baby menjadi ayah yg baik tidaklah menjanjikan seorng anak yg baik nnti,namun di sini beberapa tip untuk si ayah menghadapi ,membantu si ibu dan menjadi seorang ayah yg fleksibel utk anak-anak.....
* Bagaimana menjadi ayah yang baik?
Untuk menjadi ayah baik seperti mendaki gunung setiap hari atau beribu ujian dari segi kemahiran keibubapaan ,kesabaran,kebaikan ,kreativiti ,kebijaksanaan dan kearifan.Apa yang berjaya hari ini akan gagal esoknya...Bukan semua di antara kita boleh dududk dengan anak-anak kita,atau hadir dalam setiap persembahan .Tak seperti ibu , yang di lihat sebagai contoh yang sukar di bayangkan kalau tiada dirinya untuk membantu si bapa ,kita terfikir bagaimana untuk mengekal ciri kelakian kita dalam masa yg sama mahu mjd seorg bapa yg baik.
Tapi bagaimana?Bukan hanya perlu myediakan sarapan,namun harus tahu bagaimana mahu membuat lempeng seperti ibu.Bukan hanya mgambil mereka di sekolah,tetapi berada di situ lima minit lebih awal kerana anda tahu amak yg berusia limat tahun tidak akan mahu mnjd org yg terakhir diambil dari sekolah.Bukan hanya menyediakan baju untuk dipakai ,tetapi membenarkan ank perempuan anda memakai baju berwarna merah jambu kesemuanya..Dan bukan hanya beli permainan ,tetapi bermain bersama untuk beberapa jam kerana anda tdk boleh hanya mengambil jalan mudah dan membiarkan anak-anak terus menang.
[Image]
* Bagaimana persediaan bakal ayah?
Terlibat dengan lebih awal.Dari saat anda tahu mengenai berita gembira tersebut ,tanyakan pada isteri apa yang boleh anda bantu.Lebih banyak anda melibatkan diri,lebih banyak isteri merasakan yang dia tidak melaluinya sendiri
Hadiri temujanji yang bermakna.~Tiada apa yang lebih bermakna pada ibu kepada bakal anak anda bila mendengar degupan jantung anak buat pertama kali atau melihat imbasan ultrasounnd perubahan bayi membesar.
Berkorban.~Jika pasangan anda mengahadapi masalah ketika mengandung,hadapinya bersama,beri semangat,ini akan menimbulkan sikap bersatu padu antara suami isteri
Ajar diri anda.~Begitu banyak buku kehamilan yang dijual di luar yang dapat membantu kamu untuk mengetahui tentang kehamilan dan prosesnya.Tanya dan belajar dari kawan-kawan yang sudah berpengalaman untuk lebih memahami apa yang akan anda hadapi...
Bercakap dengan bayi anda.~Bukan membuang masa,namun salain dapat mengisi masa dengan isteri,bayi dalam kandungan juga terhibur mendengar nyanyian,suara dan kata-kata anda nanti(walaupun anda tidak tahu bayi boleh mendengarnya atau pun tidak)
Merancang kedatangan orang baru.~Membeli belahlah apa yang perlu untuk membuat anda lebih bersedia.Jangan biarkan isteri anda membuat semuanya.Jika boleh,membeli-belahlah bersama-sama
Bersabarlah~Pasangan anda akan menghadapi hari yang sukar dalam hidupnya nanti,dari segi emosi dan fizikal.Yang penting anda selalu menyokongnya dan berada ketika diperlukan.Jika boleh bersabarlah,cuba tegur atau nasihat dengan cara yang elok,kerana yang paling penting adalah perasaan si ibu...
* Bagaimana membantu isteri yang sedang hamil?
Puji si isteri ~ Wanita akan menjadi begitu bimbang akan penampilan dirinya dan keyakinan bila tubuh badan mereka berubah.Hadiah yang mahal tidak diperlukan untuk menghadapi rasa takut si isteri.Namun kata-kata yang lembut dan menarik pasti akan membantu seperti "awak nampak cantik" atau "saya sayangkan awak"
Jadilah lelaki yang kuat dan baik hati ~ Apa sahaja barang yang berat,biar saja anda yang uruskan.Apa saja yang dia tidak dapat capai,cuba ambil untuknya.Apa saja yang mebuatkan dia tidak boleh tunduk,jadilah orang pertama yang mengambilnya dari lantai.Ini lebih memberi makna dengan layanan luar biasa.dan wanita sudah tentunya merasa dialah pelengkap hidup anda....
Hadiri kelas kelahiran dengan si isteri ~ Dia perlu tahu yang anda bukan saja hanya pergi ke hospital kerana dia sudah mahu melahirkan,malah anda mahu tahu apa yang perlu dilakukan masa-masa menghadapi saat-saat genting nanti.Ambil tahu bahawa tanda peregangan itu tidak dialu-alukan.Walau anda mengalami hari yang sukar atau anda sengaja bergurau ,elakkan dari memperkatakan tentang peregangan itu.Hormon si isteri akan berada di mana-mana,kebimbangannya begitu tinggi dan kalau boleh jangan bergurau atau menyindir tentang itu.Tunjukkan betapa gembiranya anda.Tidak ada salahnya anda menunjukkan perasaan sebenar,apa lagi anda sudah benar-benar bersedia menjadi ayah....
[Image]
* Bagaimana membantu isteri dalam proses kelahiran?
~ Kaji dan cari apa tekanan yang akan dihadapi si isteri dan apa yang harus anda lakukan untuk menghilangkan rasa tekanan.Pratikkan teknik sebelum kelahiran.
~ Bawa apa saja yang anda rasa dapat membantu si isteri menghadapi kontraksi. Ais batu, bantalnya sendiri,gambar anak-anak atau haiwan kesayangan,pemain CD dan muzik yang mendamaikan...
~ Membungkus sedikit makanan untuk anda ketika menunggu isteri
~Bawa gula-gula berangin kerana anda berada dekat dengan isteri anda pada masa yang lama...
~ Bantu si isteri untk berada dalam plan kelahiran.Jika dia mahukan epidural,walaupun si isteri merancang untuk melahirkan cara normal,terus menyokong keputusannya.....
* Bersedia menyambut kedatangan si comel ke rumah
Biar rumah dalam keadaan bersedia menerima orang baru.Ambil masa bulan terakhir untuk melakukan pengemasan pada rumah.Bantu isteri mengemas apa yang patut.Percayalah ,bila orang baru tiba nanti anda dan isteri tiada masa untuk mengemas rumah....
Sedia bilik.... Sesetengah pasangan sudah menyediakan bilik bayi dalam bulan ke lima kehamilan,sementara yang lain selalunya mengumpulkan barangan,hadiah mahupun katil bayi dalam bulan ke-sembilan.Namun lebih selamat jika anda boleh bersedia lebih awal,kata orang jangan terhantuk baru terngadah...
Bercakap tentang keselamatan,pada hari anda membawa bayi balik dari hospital,itu bukan masanya untuk baru belajar bagaimana mahu menggunakan tempat duduk bayi di dalam kereta.Sediakan awal-awal di dalam kereta,sebelum tarikh jangkaan kelahiran....
Ambil tahu siapa yang akan berada di rumah bila kamu dan isteri sampai nanti.Perkara terakhir yang si ibu mahukan ialah rumah yang penuh dengan saudara mahupun adik beradik.Kegembiraan akan tergambar di wajah ibubapa,paastikan ada yang menyambut anda di rumah nanti..
Jika anda memerlukan bantuan,pastikan ada benar-benar membantu bukan hanya bermain dengan bayi.Jika ada yang mahu memberikan bantuan,jangan segan untuk katakan apa yang mahu mereka bantu...:-)

No comments:
Post a Comment