Adakah selamat menghadiri jamuan buka puasa semasa kehamilan? Atau apakah makanan buka puasa yang paling baik? Maklumat terkini di sini boleh membantu anda membuat keputusan berpuasa atau tidak, dan cara terbaik menjalankan kewajipan ini dengan selamat dan selesa.
Adakah okey bagi saya menghadiri jamuan berbuka puasa semasa saya hamil?
Ramadan merupakan bulan berpuasa dan membuat amal ibadat, tetapi ia juga membuka peluang untuk melawat atau meraikan saudara-mara dan keluarga. Kebanyakan orang meluangkan waktu petang mereka di jamuan buka puasa rakan-rakan dan keluarga. Tetapi berhati-hati – semasa anda hamil, terdapat beberapa perkara yang harus dielakkan.Jamuan buka puasa mungkin dipenuhi dengan asap rokok dan tembakau yang boleh membahayakan kesihatan anda dan bayi anda. Jika anda memang seorang perokok, gunakan peluang pada bulan yang suci ini untuk berhenti daripada tabiat ini dan lindungilah bayi anda dan kesihatan anda sendiri.
Kurangkan masa anda berada di tempat yang berasap rokok dan seelok-eloknya beredarlah ke kawasan berudara segar jika rumah anda atau restoran yang dikunjungi itu penuh dengan asap rokok.
Jauhkan diri daripada makanan bufet yang telah lama dihidangkan, terutamanya yang dipanaskan berterusan. Bakteria boleh membiak pada makanan yang suam-suam. Makanan lain yang perlu anda cuba elak adalah seperti berikut:
- makanan yang mengandungi telur mentah, daging mentah atau ikan mentah;
- keju lembut yang tidak dipasteurkan seperti keju yang diperbuat daripada susu kambing atau kambing biri-biri;
- kopi pekat;
- dan, salad, ulam, atau buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang mungkin tidak dibasuh dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment