Mandi-mandian herba dan akar kayu
Satu komponen penting dalam amalan pantang-larang bagi ibu baru ialah mandi air rebusan herba, akar kayu dan rempah. Ia dipercayai akan:
- mengembalikan kecergasan;
- membuangkan angin;
- menghilangkan bau hanyir;
- merawat urat yang terputus .
Menyediakan mandian herba
Ibu-ibu baru hari ini biasanya membeli set rumusan untuk dimasak di rumah. Anda boleh membelinya dari pusat-pusat penjagaan pantang (juga dipanggil pusat rawatan bersalin).
Set mandian herba juga boleh dibeli sebagai sebahagian pakej yang termasuk penjagaan selepas bersalin, produk herba dan makanan tambahan, semua tersusun dan dijarakkan mengikut amalan-amalan dan jadual berpantang 44 hari. Beberapa pakej boleh merangkumi perkhidmatan bidan urut dan persediaan amalan-amalan pantang yang lain.

Amalan-amalan berpantang yang lain
Terdapat beberapa amalan pantang-larang yang jarang diikuti hari ini, lazimnya kerana ibu baru di kota dan bandar kekurangan struktur sokongan tradisional dan masa untuk membolehkan mereka memerhatikan setiap aspek berpantang dengan sepenuhnya.
Walau bagaimanapun, ada juga pakej dari pusat-pusat penjagaan pantang yang merangkumi amalan-amalan ini:
Baca lebih lanjut mengenai amalan-amalan berpantang selepas bersalin.
Walau bagaimanapun, ada juga pakej dari pusat-pusat penjagaan pantang yang merangkumi amalan-amalan ini:
- Cucian untuk bahagian sulit yang bertujuan untuk membersih, membunuh kuman dan juga menyembuh dan merapatkan vagina untuk kembali kepada keadaan asal.
- Ada juga amalan rendaman faraj yang dikatakan efektif untuk menyembuhkan jahitan.
- Minyak sapu digunakan di perut, di kaki dan lain-lain tempat yang terasa lenguh atau sakit. Ini menghilangkan angin, melegakan kesakitan dan melicinkan kulit.
- Lulur digunakan untuk melicin, melembut, menyerah dan memutihkan kulit.
Baca lebih lanjut mengenai amalan-amalan berpantang selepas bersalin.
Bagaimana saya boleh dapatkan penjagaan pantang yang baik?
Tanyalah orang yang lebih berpengalaman.- Tanya ibu anda atau ibu mertua, atau kawan yang baru melahirkan, atau rakan sekerja.
- Bincanglah dengan ibu-ibu lain! Komuniti ibu mengandung kami mungkin boleh membantu.
No comments:
Post a Comment