Bukan semua sakit abdomen dalam kehamilan, merbahaya.
Oleh Prof Madya Dr Tan Ay Eng
Walaupun setiap kehamilan adalah berbeza, namun sakit abdomen adalah rungutan biasa ibu-ibu hamil. Mungkin ia adalah tanda kepada sesuatu yang serius, tetapi biasanya ia merupakan reaksi badan terhadap pelbagai perubahan yang dialami semasa kehamilan. Punca sakit perut - Implantasi: Semasa implantasi janin pada dinding rahim, akan berlaku sakit kejang otot seperti semasa haid. (Nota: Ini berlaku pada peringkat awal kehamilan, sebelum kebanyakan wanita sedar mereka hamil).
- Penegangan tisu-tisu sokongan: Selepas trimester kedua, otot-otot dan ligamen yang menyokong rahim menegang untuk memberi ruang bagi tumbesaran bayi.
- Kontraksi palsu: Semasa trimester kedua dan ketiga, anda mungkin akan mengalami kontraksi palsu atau kontraksi Braxton Hicks, yang boleh menyebabkan anda rasa sakit atau tidak selesa.
- Masalah penghadaman, angin, sembelit atau pedih ulu hati yang disebabkan perubahan hormon akan melambatkan kadar proses penghadaman anda.
|
Melegakan sakit perut - Bongkok ke arah bahagian sakit sambil bernafas seperti biasa.
- Duduk di kerusi yang selesa, angkat kaki, tarik dan lepas nafas sama rata.
- Ubah posisi duduk atau bangun dan berjalan.
|
|
No comments:
Post a Comment