|
Semasa pemeriksaan susulan, doktor anda mengukur berat badan dan tekanan darah sekali lagi. Perkara yang penting diketahui adalah sama ada anda dan bayi anda berada dalam keadaan sihat atau tidak. Apabila kehamilan semakin melangkah, doktor anda akan merekod pertumbuhan, saiz, kedudukan dan pergerakan bayi dalam rahim. Doktor akan memberitahu anda sama ada kelahiran anda memerlukan pembedahan Caesarean atau tidak, serta persediaan-persedian lain yang anda perlukan untuk menghadapi kelahiran. |
|
Jadual di bawah menunjukkan bila biasanya pengesanan ultrasonik dilakukan dan sebab-sebabnya. |
|
Usia kehamilan | Mengapa dilakukan | Apa yang dikesan |
12 minggu ke bawah | Untuk menenangkan hati ibu bapa |
|
Ibu berasa sakit atau berdarah |
| |
18-20 minggu | Untuk memeriksa bahawa janin membesar dan dalam keadaan normal |
|
|
|
Apakah Tindakan Anda Terhadap Keputusan Yang Diterima?
Apakah yang anda harus lakukan sekiranya doktor memberitahu anda terdapatnya masalah dalam kehamilan? Bertenanglah, dan:
- Tanya soalan. Minta doktor menerangkan tentang apakah masalah yang dihidapi janin anda ataupun risiko untuk keadaan itu, jangka hayat bayi dan apakah masalah yang mungkin dihadapi, dari segi fizikal dan mental.
- Lakukan penyelidikan sendiri. Minta doktor anda mengesyorkan pakar untuk keadaan ini, baca buku dan artikel yang ditulis oleh pakar lain, dan cuba hubungi ibu bapa lain yang mempunyai anak yang mengalami masalah yang sama.
- Harus bersyukur. Ini sememangnya sukar dilakukan, tetapi anda perlu ingat bahawa dengan saringan perubatan dan teknologi rawatan terkini, bayi anda mempunyai prognosis yang lebih baik berbanding dengan bayi yang dilahirkan dengan keadaan yang sama walaupun hanya 10 tahun lalu.
No comments:
Post a Comment