Perkhidmatan, peranan dan kesediaan setiap kategori juga berbeza. Pilihan anda bergantung kepada keperluan, jangkaan, lokasi dan keutamaan peribadi anda. Di sini terdapat beberapa perkara yang boleh membantu anda: Adakah anda menghadapi kehamilan berisiko tinggi atau rendah? Kehamilan berisiko rendah boleh diuruskan oleh kebanyakan doktor dan bidan. Doktor pakar yang terlatih dalam sistem reproduktif wanita boleh menguruskan kehamilan berisiko tinggi dan rendah serta menjalankan pembedahan Caesarean. Bagi kehamilan berisiko amat tinggi atau sukar, anda akan dirujuk kepada pakar obstetrik yang arif dalam perubatan ibu dan janin. Siapakah yang anda boleh rujuk di tempat anda? Pilihan anda untuk ahli perbidanan biasanya bergantung kepada kawasan tempat tinggal anda. Pada kebiasaannya, sukar untuk menemui panel pakar di kawasan luar bandar dan pekan kecil, namun anda boleh berjumpa dengan doktor di semua klinik yang berdekatan. Bidan pula berada di klinik klinik kerajaan yang dikenali juga sebagai Klinik Kesihatan Ibu & Kanak-Kanak (KKIK). Berapakah anggaran perbelanjaan anda? Kos perbelanjaan bergantung kepada kelulusan ahli perbidanan tersebut. Biasanya, perkhidmatan bidan adalah yang paling murah manakala perkhidmatan pakar adalah sebaliknya. Anda boleh memeriksa kos perbelanjaan daripada klinik ke klinik, hospital ke hospital. Struktur kos perbelanjaan untuk klinik swasta dan kerajaan juga turut berbeza. Adakah anda prihatin terhadap penjagaan lanjutan? Sesetengah wanita memilih untuk merujuk kepada seorang ahli perbidanan sahaja dan sesetengah wanita lain tidak mempunyai pilihan tertentu. Sekiranya anda memilih salah satu dari yang diatas, anda mungkin memerlukan perkhidmatan ahli perbidanan tetap yang akan memantau anda untuk sepanjang tempoh kehamilan, bersalin dan penjagaan selepas bersalin. Doktor biasa atau bidan pula boleh memberi penjagaan kehamilan kepada anda tetapi bukan ketika bersalin atau penjagaan selepas bersalin. Ambil KKIK klinik sebagai contoh. Wanita hamil akan dipantauoleh bidan dan selepas itu akan dihantar kepada doktor di hospital untuk proses kelahiran. Kemudianmereka akan dirujuk semula ke KKIK untuk rawatan penjagaan selepas bersalin. Apakah kemudahan yang disediakan? Selain kelulusan, anda juga perlu tahu keadaan sesebuah klinik atau hospital. Adakah ia selamat? Adakah anda selesa disana? Adakah ia mudah dikunjungi? Apakah kemudahan yang disediakan? Adakah terdapat kemudahan untuk kes kecemasan seperti pembedahan untuk si ibu atau ventilator untuk bayi kurang matang? Lakukan lawatan dan lihat sendiri kemudahan yang ada. Sesetengah hospital mempunyai kelas antenatal di mana anda dibawa melihat kemudahan di premis mereka. |
No comments:
Post a Comment