Jalani pemeriksaan ultrasound secara berkala. Ini sangat penting dalam kehamilan berganda bagi memantau sebarang ketidaknormalan. B. Ubatan/Suplemen Dapatkan nasihat doktor. Ini adalah penting kerana isipadu darah anda mungkin meningkat dengan banyak dengan kehamilan berganda. Juga dapatkan nasihat berkaitan sukatan ubatan anda. Minta jika anda perlukan suplemen zat besi kerana paras zat besi anda perlu sentiasa tinggi sepanjang kehamilan. C. Diet Tingkat berat badan dengan secukupnya. Ibu kepada anak kembar akan menambah berat kira-kira sebanyak 18kg secara keseluruhan. Anda tentu akan menambah lebih berat pada trimester pertama. Berat ideal anda boleh dicapai pada kadar sekurang-kurangnya setengah kilogram seminggu. Tetapi awasi diet anda kerana keterlaluan lebihan berat juga tidak sihat dan akan menyebabkan masalah lain. Sentiasa hidrat. Pastikan anda minum air secukupnya. D. Aktiviti Fizikal Bersenam secara berhatihati. Kehamilan kembar atau berganda adalah kehamilan yang berisiko tinggi. Bincanglah bersama doktor anda untuk mengetahui senamansenaman yang selamat untuk anda. Rehat secukupnya. Anda semestinya memerlukan rehat lebih daripada ibu mengandung yang lain. Pertimbangkan mengambil cuti bersalin daripada kerja yang lebih awal. E. Emosi Bersedia untuk membuat lebih banyak perubahan di dalam kehidupan – (cth. kerja, tanggungjawab, dsb). Anda perlu mengetahui bagaimana kehamilan berganda akan banyak memerlu dan menggunakan emosi dan fizikal anda. Sertai kumpulan sokongan kehamilan berganda. Anda mungkin menghadapi masalah-masalah khusus dan ia membantu untuk berkongsi isu-isu fizikal, emosi, kehamilan dan sosial yang anda alami. |
No comments:
Post a Comment