Penggunaan enema jenis sabun atau air masin semasa hendak melahirkan bukan lagi merupakan amalan rutin di kebanyakan negara, seperti UK, kerana penggunaannya telah dinafikan. Walau bagaimanapun, mengikut pakar BabyCenter Dr Patrick Chia, di Malaysia penggunaan enema di peringkat awal melahirkan masih menjadi amalan biasa di kebanyakan hospital kerajaan dan swasta.
Ini mungkin disebabkan beberapa perkara. Pihak penjaga kesihatan profesional yang menyokong penggunaan enema sebagai sebahagian daripada penjagaan awal dalam proses bersalin berbuat demikian sebab mereka merasakan bahawa:
- ini menjaminkan pelahiran itu bersih bagi staf yang membantu pesakit semasa bersalin;
- ia mengurangkan kadar infeksi bayi baru lahir dan ibu dengan mengurangkan pencemaran dengan najis;
- ia membuat proses melahirkan lebih singkat;
- membuang air besar sejurus selepas bersalin boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kemungkinan luka episiotomi terbuka semula;
- wanita berkenaan mungkin merasakan bahawa membersihkan usus mereka ialah sesuatu yang baik.
- tiada sebarang perbezaan dalam kadar jangkitan untuk ibu atau bayi;
- tidak memendekkan proses melahirkan;
- tiada sebarang perbezaan dalam kadar kejadian pembukaan semula episiotomi.
Jadi, jika anda tidak mahu menggunakan enema, pastikan anda memberitahu doktor semasa salah satu temu janji antenatal anda. "Pesakit boleh membuat pilihan untuk tidak diberikannya," kata Dr Chia.
Nyatakan pilihan anda dalam pelan pelahiran anda (setelah berbincang dengan pakar obstetrik). Jika anda tidak mempunyai pelan pelahiran, minta pakar obstetrik anda menulis surat untuk ditunjukkan kepada kakitangan wad bersalin dan pelahiran. Ini adalah penting sebab anda telah membuat keputusan tidak mahukan sesuatu yang mungkin merupakan satu prosedur yang rutin di beberapa hospital, jadi jururawat dan bidan yang bertugas perlu tahu yang doktor telah bersetuju dengan plan anda ini.
Jangan terkejut jika doktor anda juga berpendapat yang penggunaan enema itu adalah sebahagian daripada penjagaan rutin. Walau bagaimanapun, doktor yang prihatin akan mempertimbangkan hasrat dan pilihan pesakitnya.
Untuk menyakinkan doktor anda, elok juga jika anda menyediakan satu senarai sebab-sebab mengapa anda tidak suka diberikan enema. Ini mungkin termasuk:
- keberkesanan enema tidak terbukti;
- najis berair lebih sukar dikawal dan oleh itu mungkin akan meningkatkan kemungkinan pencemaran berlaku dan ini berpotensi meningkatkan kemungkinan jangkitan bagi ibu dan bayi;
- penggunaan enema di peringkat pertama pelahiran menyebabkan ketidakselesaan bagi wanita.
Ramai wanita mendapati bahawa di awal proses melahirkan, perut mereka rasa tak sedap dan mereka akan beberapa kali ke tandas. Ini adalah cara semulajadi badan kita mengosongkan usus sebagai persediaan untuk melahirkan. Jika anda tidak mengalami ini dan anda rasa tak senang hati, kosongkanlah usus anda di peringkat awal pelahiran.
Bagi kebanyakan wanita, pelahiran berlangsung berjam-jam, jadi dalam jangka masa yang panjang ini, anda mungkin akan terasa hendak membuang air besar. Sebenarnya anda tidak perlu mengambil apa-apa untuk memaksa usus anda untuk membuangkan najis – ikutlah apa yang dibisikkan oleh badan anda dan pergilah ke tandas bila anda terasa nak pergi. Namun begitu, jika setelah anda sampai ke hospital, dan anda merasakan yang usus anda itu penuh dan tidak selesa, maka anda bolehlah memilih untuk diberikan enema.
No comments:
Post a Comment