Vitamin A Yang Sedap Vitamin A bukan sahaja memperbaiki penglihatan tetapi ia juga membantu menjaga kesihatan kulit dan mengawal daripada jangkitan. Oleh Prof Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan Sumber makanan vitamin A termasuk hati, ikan, kuning telur dan susu, serta sayuran hijau dan buah-buahan yang berwarna kuning atau oren. Jadikan makanan ini sebahagian daripada diet anak anda. Walaupun vitamin A memang penting untuk kesihatan, cuba jangan berikan supplemen kepada anak anda kerana pengambilan vitamin A yang terlalu banyak akan menyebabkan kesan toksik. Sekiranya anak anda makan diet yang seimbang, ini sepatutnya memadai untuk memenuhi keperluan tubuh badannya. |
No comments:
Post a Comment