nuffnang

14 May 2012

Hebatnya Wanita Dalam Cinta

Tips Cinta – Indahnya cinta jika bersulam keikhlasan. Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila. Namun panas yang diharapkan sampai ke petang, siapa sangka hujan turun ditengah hari.
Puas sudah membajai cinta, dibumbui dengan kasih dan sayang, membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati. Terlalu sukarkah mencintai isteri atau sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?
Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan: “Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka.” Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.
Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai.
Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila.
Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang. Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak. Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya.
Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.
Beliau menambah, “Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga.
Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir.
Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.
Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang,” jelasnya.
Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai. Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan.
Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam. Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul.
Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.

Tips Mempererat Cinta Suami Isteri..


Seseorang yang menyimpan cinta sejati menjadi lebih menghormati, mencintai, dan menyayangi pasangannya sepenuh hati. Seperti apakah wujud cinta sejati yang sesungguhnya?
Mencintai pasangan apa adanya dan Sabar dengan kekurangan dia ..
 Saat kita merasakan cinta sejati menyelimuti hati, maka kita menjadi peribadi yang menyenangkan. Ikhlas menerima segala kekurangan dan kelebihan yang dimiliki pasangan. Tidak berpaling , kita tetap setia menjaga komitmen, meskipun saat itu ada orang lain yang memikat hati. kita pun yakin bahawa sang kekasih merupakan pilihan tepat untuk menjadi pendamping hidup.
Pengorbanan yang ikhlas Anda tak berhitung lagi soal material yang telah kita berikan kepadanya. kita pun rela berkorban untuk membahagiakan pasangan yang kita cintai. Memberi motivasi Seseorang yang sedang mabuk asmara akan berbuat apa saja demi membahagiakan pasangannya. Termasuk juga melakukan hal-hal positif yang  dapat mengeratkan hubungan cinta.
Sikap menghormati apabila kita mencintai pasangan, kita pasti akan memperlakukannya dengan sopan dan menghormatinya dengan baik. Hal itulah yang mampu membuat pasangan semakin cinta dan sayang kepada kita
BERIKUT INI IKHTIAR MENGERATKAN CINTA KASIH ANTARA SUAMI ISTERI, SEHINGGA KEHARMONISAN RUMAH TANGGA TERCIPTA
 1. Saling memberi hadiah. Bukan Mahalnya harga sebuah pemberian tersebut tapi RASA KASIH sayang kitalah yg MELEBIHKAN NILAInya.
 2. Mengkhususkan waktu untuk duduk bersama..Jangan sampai antara suami isteri sibuk dengan urusan masing-masing dan tidak ada waktu untuk duduk bersama. Yang menjadi penyebabnya, kerana dia sibuk menghabiskan waktunya untuk pelbagai pekerjaan yang berhubungan dengan pelajaran dan lainnya, sehingga meninggalkan isteri dan anak-anaknya dalam waktu lama.
 3. Menampakkan wajah yang ceria. Di antara cara untuk mempererat cinta kasih, hendaklah menampakkan wajah yang ceria. Ungkapan dengan bahasa wajah, mempunyai pengaruh yang besar dalam kegembiraan dan kesedihan seseorang. Seorang isteri akan senang jika suaminya berwajah ceria, tidak cemberut.
4. Memberikan penghormatan dengan hangat kepada pasangannya, baik ketika hendak pergi keluar rumah ataupun ketika pulang. Penghormatan itu hendaklah dilakukan dengan mesra. Dalam beberapa hadis diriwayatkan, ketika hendak pergi solat, Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam mencium isterinya tanpa berwudhu lagi dan terus solat. Ini menunjukkan, bahawa mencium isteri dapat mempererat hubungan antara suami isteri, meluluhkan kebekuan ataupun kekakuan antara suami isteri.
 5. Hendaklah memuji pasangannya. Di antara keperluan manusia adalah keinginan untuk di puji- dalam batas- yang wajar. Dalam masalah pujian ini, para ulama telah menjelaskan, bahawa pujian diperbolehkan atau bahkan dianjurkan dengan syarat-syarat: untuk memberikan motivasi, pujian itu diungkapkan dengan jujur dan ikhlas, dan pujian itu tidak menyebabkan orang yang dipuji menjadi sombong atau lupa diri.
 6. Bersama-sama melakukan tugas yang ringan. Di antara kesalahan sebahagian suami ialah, mereka menolak untuk melakukan sebahagian tugas di rumah. Mereka mempunyai anggapan, jika melakukan tugas di rumah, bererti merendahkan kedudukannya, menurunkan atau menjatuhkan kewibawaannya di hadapan isteri. Pendapat ini tidak benar.
 7. Perlu berekreasi berdua tanpa membawa anak. Rutin pekerjaan suami di luar rumah dan pekerjaan isteri di rumah membuat suasana menjadi keruh. Sekali-kali diperlukan suasana lain dengan cara pergi berdua tanpa membawa anak. Hal ini sangat penting, kerana dapat memperbaharui cinta suami isteri. Kita mempunyai anak, lantas bagaimana caranya? Ini memang sebuah problem. Kita cari solusinya, jangan menyerah begitu saja. Bukan bererti setelah mempunyai anak banyak tidak boleh pergi berdua.
 8. Perlu adanya keterbukaan. Keterbukaan antara suami dan isteri sangat penting. Di antara problem yang timbul di keluarga, lantaran antara suami dan isteri masing-masing menutup diri, tidak terbuka menyampaikan ‘problem’nya kepada pasangannya. Yang akhirnya kian menumpuk, sampai akhirnya meledak.
Inilah lapan tips untuk merekatkan hubungan suami isteri. Semoga bermanfaat, menjadi bekal keharmonian keluarga.

Sihat Cara Rasulullah


Sihat Cara Rasulullah
Kesempurnaan Rasulullah S.A.W sebagai kekasih Allah tiada tolok banding menjadi ikutan Muslim seantero dunia termasuk diet makanan Baginda.
Sabda Baginda S.A.W: “Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.”
“Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.”
- Hadis Riwayat Bukhari
  1. Rasulullah SAW makan makanan yang seimbang, makan perlahan-lahan, sederhana dan berkongsi makanan.
  2. Rasulullah SAW suka makan susu, buah-buahan, tamar, daging, madu, sayur dan bubur kerana makanan-makanan ini mempunyai khasiat yang tinggi
Mengapa dan apa kelebihan makanan-makanan yang digemari Rasulullah?
1.SUSU ASLI
  • Merupakan makanan yang lengkap dan kaya dgn protein, kalsium, vitamin A dan B.
  • Zat protein berkualiti tinggi penting utk membina tisu badan serta crucial untuk pembentukan antibodi melawan penyakit.
  • Zat kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh badan dan kita semua tahu kalsium memang penting untuk pembinaan gigi dan tulang. Kekurangan kalsium mengundang osteoporosis.
  • Zat-zat lain yang terdapat dalam susu ialah: fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin D.
Allah juga ada berfirman:
“Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar. Kami beri minum kepada kamu daripada apa yang terbit dari dalam perutnya, yang lahir dari antara hampas makanan dengan darah; (iaitu) susu yang bersih, yang mudah diminum, lagi sedap rasanya bagi orang yang meminumnya.”
- Surah An-Nahl, Ayat 66
2.KURMA ATAU TAMAR;
  • Kandungan serat yang tinggi, dapat mengelakkan masalah sembelit.
  • Mengandungi Vitamin A yang penting untuk mata/penglihatan.
  • Mengandungi gula untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan.
  • Juga mengandungi pelbagai vitamin, mineral serta air yang penting bagi kesihatan badan.
Diberi contoh tentang keistimewaan khasiat buah kurma ini melalui kisah Siti Maryam yang menggoncangkan pohon kurma selepas melahirkan anaknya Nabi Isa A.S. untuk dijadikan ubat berkhasiat dan memulihkan tenaga. Allah SWT juga ada berfirman:
“Dan goyangkanlah pangkal pokok kurma itu ke arah mu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka, makan serta minumlah dan bersenanglah kamu.”
- Surah Maryam, Ayat 25
3. Seterusnya, mari kita lihat khasiat DAGING pula: Merupakan sumber protein yang utama untuk tumbesaran manusia, membekal lemak, vitamin dan mineral (zat besi dan zinc).
4. Rasulullah SAW juga suka MADU, mengapa? Madu kaya dengan gula (yang sihat), sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan badan. Setiap lepas subuh, Rasulullah SAW memulakan sarapannya dengan segelas air dicampur sesenduk madu asli.
Jelaskan?? “Sesungguhnya, gaya hidup Rasulullah adalah gaya hidup PALING UNGGUL!”

Inilah Wanita Yang LEBIH BAIK

wanita solehah
Seorang wanita dengan keperibadiannya yang baik, membawa seribu kebaikan kepada dunia.
Tetapi, seorang wanita dengan keperibadian yang buruk, akan membawa kerosakan kepada dunia.
Jadilah wanita syurga,
Peribadinya sederhana,
Tidak mudah putus asa,
Cita-cita tinggi menembus ke sana!
InsyaAllah.. ♥

Kenapa Allah Tidak Perkenankan Doa Kita Sekarang?

Acap kali juga sesuatu doa walaupun baik, dan datang daripada orang yang baik, pada waktu yang baik, tetapi Allah tangguhkan ke waktu lain. Hal ini kerana Allah sayangkan hamba-Nya itu. Allah sengaja berbuat demikian bagi mengujinya sehingga seorang hamba itu bersedia untuk menerima nikmat-nikmat-Nya.

Misalnya, Allah kurniakan kekayaan apabila hati seorang hamba telah ada rasa syukur kerana memberikannya sebelum itu akan menjadikan seseorang itu kufur. Allah kurniakan kekuasaan setelah ada dalam hati seseorang ada rasa tawaduk dan sifat adil, supaya dia boleh menjadi pemerintah yang baik apabila sudah berkuasa.

Jika tidak bersedia, dibimbangkan nikmat itu boleh bertukar menjadi bala. Itulah yang disebut “istidraj” – yakni pemberian Allah yang merupakan satu kutukan dan memudaratkan untuk iman dan Islam seseorang yang derhaka kepada-Nya.

Oleh sebab itu, sering kali juga Allah menahan pemberian-Nya kerana kasih sayang-Nya terhadap seseorang. Inilah yang dinukilkan oleh Prof Dr. K.H. Muhibbuddin Waly dalam bukunya Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf:
“Sebab kadang-kadang Allah memperlambat dalam memperkenankan doa mereka kerana Allah sangat sayang dan cinta mendengar suara doa yang selalu diucapkan oleh hamba-Nya itu kepada-Nya.”

Insyallah, moga bermanfaat kepada semua!

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)