nuffnang

13 Dec 2011

Panduan mengemas beg hospital anda






Anda sudah berada di bahagian terakhir, hanya beberapa minggu lagi sebelum tiba tarikh bersalin. Sekarang sudah tiba masa untuk mengemas sebuah beg untuk semua keperluan yang akan anda perlukan semasa pelahiran dan selepas bayi anda dilahirkan.

Ianya wajar jika anda siap mengemas beg anda apabila anda mengandung sekitar 36 minggu, supaya anda tidak perlu tergesa-gesa untuk menyiapkan segalanya semasa peringkat awal pelahiran!

Hospital berlainan mempunyai polisi yang berlainan untuk benda yang boleh anda bawa semasa pelahiran anak anda. Anda mungkin hendak membawa beberapa benda dari rumah, seperti bantal atau kusyen anda, untuk menjadikan persekitarannya lebih berciri peribadi dan kurang klinikal. Semak apa yang dibekalkan oleh hospital dan apa yang boleh anda bawa sendiri, tetapi sedia maklumlah bahawa hospital mungkin kekurangan ruang -- dan anda mungkin terpaksa menyimpan kesemua bekalan anda di dalam almari kecil di tepi katil anda.


Keperluan semasa peringkat awal pelahiran

Kemungkinan besar anda akan memerlukan:
•Pelan kelahiran anda.
•Gaun santai -- berguna jika anda teringin berjalan mundar-mandir di koridor hospital semasa permulaan pelahiran.
•Kasut selipar.
•Stoking -- percaya atau tidak, kaki anda boleh menjadi sejuk semasa pelahiran.
Gaun tidur atau kemeja-T lama untuk dipakai semasa pelahiran, jika anda tidak mahu memakai gaun hospital. Ia mungkin akan menjadi agak kotor, jadi jangan beli sesuatu khas untuk dipakai di hospital.•Minyak urut atau losyen jika anda ingin diurut semasa pelahiran anda.
•Balm bibir.
•Makanan snek dan minuman untuk anda semasa anda dalam peringkat pelahiran, atau sedikit tablet glukosa untuk membolehkan anda terus bertenaga.
•Jam tangan dengan jarum saat, untuk mengukur jangka kontraksi anda.
•Kamera digital atau kamkoder. Jika anda mahu membawa kamkoder, semak dengan pihak hospital dahulu -- tidak semua hospital membenarkannya di dalam bilik bersalin.
•Bahan-bahan yang menenangkan: buku, majalah, permainan dan sebagainya.
•Gambar seseorang atau sesuatu yang anda kasihi (inspirasi yang anda mungkin perlukan untuk bertahan hingga ke akhir).
•Mesin kelegaan kesakitan TENS jika anda bercadang untuk menggunakannya.
•Kelengkapan dandanan diri.
•Penyembur air, atau kipas tangan untuk memastikan anda sentiasa nyaman.
•Muzik untuk didengar.


Untuk teman pelahiran anda

Suami anda pula akan memerlukan:
•Sepasang pakaian untuk ditukar.
•Makanan snek dan minuman -- anda tidak mahu teman pelahiran yang ternyahhidrat serta kelaparan menjaga anda!


Untuk selepas bersalin

Semasa di hospital, anda mungkin memerlukan:
•Pakaian balik rumah. Ianya akan mengambil sedikit masa untuk perut anda mengecut jadi anda masih akan memakai pakaian mengandung apabila anda pulang ke rumah -- maaf ya!
•Bra menyusu -- dua atau tiga helai.
•Pad bra untuk bila susu badan anda mula mengalir.
•Tuala wanita selepas bersalin -- beberapa bungkus.
•Kelengkapan dandanan diri.
•Tuala, sikat rambut, berus gigi dan ubat gigi.
•Tablet Arnica untuk membantu mengurangkan lebam selepas bersalin. Walaupun tidak terdapat bukti kukuh bahawa ianya betul-betul berkesan, namun ramai wanita melaporkan bahawa mengambil arnica dapat mengurangkan lebam serta menolong mempercepatkan proses pemulihan.
•Penyumbat telinga, jika anda ditempatkan di wad yang bising!
•Telefon bimbit anda – serta pengecasnya!


Untuk bayi anda

Si manja akan memerlukan:
•Sebuah kerusi kereta bayi.
•Sepasang pakaian untuk perjalanan pulang ke rumah (pakaian lembut menganjal semua-dalam-satu adalah paling mudah). Pihak hospital menyediakan gaun bayi untuk bayi anda semasa di hospital.
•Selimut bayi (yang tebal jika cuaca sejuk).
•Lampin.
•Sepasang stoking atau buti bayi.
•Topi.
•Kain muslin.
Sebaik sahaja anda telah pengemas beg hospital anda, ingatkanlah diri anda tentang tanda-tanda awal pelahiran supaya anda tahu bila tiba waktu anda hendak bersalin!

12 Dec 2011

Melegakan sakit secara semula jadi semasa pelahiran


Dapatkan kehangatan

Ambil beg diperbuat dari kain, isikan dengan sekam gandum dan panaskan untuk beberapa minit dalam ketuhar gelombang mikro dan kemudian lekapkan di belakang anda untuk membantu melegakan kontraksi anda. Beg gandum tersebut akan kekal panas untuk sejam atau lebih. Untuk mendapatkannya, anda mungkin perlu membelinya dari kedai kehamilan secara atas talian.

Pilihan lain ialah menggunakan botol air panas diisi dengan air panas (bukan mendidih), dibalut dengan tuala dan diletakkan di belakang anda.

Jangan lupa bahawa urut juga memberikan kepanasan. Mendapatkan seorang untuk mengusap belakang anda akan memanaskan kulit ada dan juga merangsang badan anda untuk melepaskan bahan semula jadi untuk melegakan sakit.

Apabila kepala bayi anda mahu keluar, cuba letakkan flanel yang lembut dan panas atas perineum (tisu di antara belakang vagina dan bahagian belakang anda) dan ini akan melegakan sensasi regangan. Walaupun ini bukanlah amalan biasa, bertanyalah dengan doktor anda dan sertakan ini dalam rancangan pelahiran anda.

Pernafasan

Jika anda berfokus kepada pernafasan, ini merupakan cara yang terbaik untuk menghadapi setiap kontraksi. Tarik nafas dalam pada permulaan kontraksi dan r-e-l-a-k-s semasa anda menghembus nafas. Kemudian, tarik nafas melalui hidung anda dan hembuskan nafas melalui mulut anda, dengan melembutkan mulut dan pipi anda. Jangan terlalu risau mengenai berapa dalam anda menarik nafas, cuma pastikan anda mempunyai ritma yang baik. Tarik nafas melalui hidung anda dan hembus nafas melalui mulut yang lembut. Dan lakukannya berkali-kali. Tumpukan sepenuhnya kepada pernafasan anda semasa kontraksi meningkat dan semasa ia reda. Apabila kontraksi sudah berakhir, r-e-l-a-k-s.

Berehat

Pada awal pelahiran, perkara terbaik yang anda boleh lakukan ialah menyediakan diri anda untuk menanggung kesakitan dengan menyimpan tenaga anda secara berehat. Pastikan diri anda seselesa dengan berada di atas katil atau kerusi. Letakkan bantal di sekeliling anda. Mainkan muzik kegemaran anda atau tonton TV dan BEREHAT! Ambillah minuman panas jika anda di rumah (kebanyakan hospital tidak membenarkan wanita makan atau minum semasa pelahiran). Kelak nanti, anda akan mendapati bahawa adalah mudah untuk menghadapi kontraksi yang sakit jika anda tidak keletihan sebab telah bekejar ke sini ke sana masa pelahiran bermula.

Menukar posisi

Cuba elakkan dari berehat atas katil apabila kontraksi anda semakin kerap dan sakit kecuali anda merasa terlalu letih. Pelahiran anda akan bergerak dengan lebih perlahan jika anda berbaring dan apabila perlahiran semakin panjang, semakin letihlah anda nanti. Banyakkan berdiri - tetapi pilihlah satu posisi yang berasa selesa. Berdiri dan bersandarlah pada katil atau suami anda. Atau berlutut dan bersandar atas kusyen kerusi. Berlutut dengan satu kaki diangkat akan menyediakan lebih ruang dalam pelvis anda dan memudahkan bayi anda dilahirkan. Duduklah dalam keadaan merangkak untuk melegakan sakit belakang. Duduk sebentar di kerusi, kemudian bangun dan berjalan untuk seketika. Goyangkan punggung anda sebanyak mungkin – ini akan menggalakkan bayi untuk bergerak!

Urut

Beritahu suami atau rakan pelahiran anda bahagian mana yang anda mahu diurutkan. Anda mungkin mahu diurut di bahagian bawah belakang anda semasa kontraksi. Atau mungkin anda mahu bahu anda diurut di antara kontraksi untuk membantu anda relaks. Beritahu orang yang menemani untuk mengurut dengan perlahan. Jika dia mula mengusap dengan laju, anda akan berasa panik, dan bukannya lebih relaks! Dia perlu menggunakan tekanan yang kukuh untuk merangsang badan untuk melepaskan endorfin, hormon 'rasa lega' yang membuatkan urutan menjadi pengalaman yang positif.

Perasaan disayangi

Kajian menunjukkan bahawa apabila wanita mempunyai orang yang istimewa bersamanya semasa pelahiran, yang menenangkannya dan sentiasa di sisinya, wanita itu akan melahirkan dengan lebih cepat dan mudah, dan ini tidak akan berlaku jika dia tidak mendapat sokongan kasih sayang. Jadi pilihlah rakan pelahiran dengan berhati-hati. Pilihlah seorang yang tidak akan panik; yang percaya akan kebolehan anda; dan orang yang yakin apabila bercakap dengan ahli profesional kesihatan bagi pihak anda. Orang ini mungkin suami anda atau orang yang lain – kakak atau ibu atau rakan baik anda. Atau anda mungkin memilih dua orang rakan pelahiran. Ini bergantung kepada anda.

Walau bagaimanapun, berwaspadalah, sebab sesetengah hospital enggan menerima dua orang rakan pelahiran dalam bilik bersalin pada masa yang sama oleh sebab kekurangan ruang. Walau bagaimanapun, mungkin pihak hospital akan membenarkan seorang rakan pelahiran bersama anda pada satu-satu masa. Ini perlu dibincangkan dengan doktor anda dan keputusan anda perlu dicatitkan sebagai nota doktor dari awal lagi sebelum tarikh bersalin anda.

Skil tahap profesional

Pakar obstretik tidak akan berada di bilik bersalin bersama anda sepanjang pelahiran anda. Dia akan datang dari semasa ke semasa untuk memeriksa anda, membantu anda membuat keputusan mengenai bagaimana boleh melegakan sakit dan sudah tentu akan hadir untuk kelahiran bayi anda. Pada masa-masa lain, anda akan dibantu oleh bidan; dialah yang akan memaklumkan kepada anda tentang perjalanan proses pelahiran anda sepanjang masa. Jika anda mahu melegakan sakit secara semula jadi bagi kontraksi, dia akan membantu anda dan jika anda memilih epidural, dia juga akan menyokong anda. Jika anda tidak berjaya menjalin hubungan yang baik dengan bidan yang diberi, mintalah untuk ditukarkan dengan bidan lain. Dia tidak akan tersinggung. Mungkin juga dia juga berasa yang anda sukar untuk dibantu! Anda berdua akan lebih gembira jika anda mendapatkan orang yang lain.

Maklumat lanjut mengenai cara semula jadi untuk melegakan sakit

Berikut disenaraikan maklumat lanjut tentang bagaimana anda boleh menangani kesakitan dan menguruskan proses pelahiran anda dengan baik:

• Dapatkan maklumat lanjut: lebih banyak yang anda tahu, lebih relakslah anda.

• Bernafas secara beritma dan relaks semasa anda menghembus nafas.

• Dakap suami anda atau teman pelahiran anda.

• Minum sedikit air sambil menunggu antara kontraksi.

• Makan makanan yang kaya dengan karbohidrat apabila anda terasa lapar.

• Kipas diri anda dengan kipas elektrik.

• Mengerang dan mengadoilah: inilah satu-satunya masa anda harus menhapuskan rasa malu anda sebab mengeluarkan bunyi menunjukkan kesakitan adalah cara terbaik untuk melegakan kesakitan!

• Pegang tangan suami anda.

• Bayangkan bayi anda bergerak turun ke pelvis anda dengan setiap kontraksi.

• Berguraulah dengan suami anda; adakan perspektif positif!

• Ciuman (daripada suami, ibu, kakak dan rakan anda).

• Dengar musik untuk membantu anda relaks.

• Bergerak untuk membuatkan anda seselesa mungkin.

• Baring di atas longgokan bantal yang besar atau kusyen besar (anda boleh meminta pihak hospital menyediakan bantal atau anda boleh bawa bantal anda sendiri).

• Bukalah pelvis anda seluas mungkin untuk membantu anda melahirkan bayi anda, contohnya, berlutut di atas satu kaki dengan yang sebelah lagi keluar di sisi.

• Berfikir secara positif: 'Setiap kontraksi membawa saya hampir kepada kelahiran bayi saya'.

• Menyoallah tentang apa yang anda kurang faham; menjadi takut akan membuatkan kesakitan menjadi lebih teruk.

• Goyangkan pelvis anda dalam bulatan, ke belakang dan ke hadapan dengan setiap kontraksi.

• Hembus nafas secara perlahan dengan setiap nafas.

• Percayalah dengan badan anda; sesungguhnya anda pandai melahirkan bayi!

• Fahami rawatan yang ditawarkan; jika anda faham, anda boleh bekerjasama dan memudahkan keadaan.

• Kerap pergi ke tandas; pundi kencing yang penuh akan melambatkan pelahiran anda.

• Berjalan-jalanlah untuk melegakan lenguh dan sakit dan merangsang kontraksi.

• Cuba tidur dalam masa antara kontraksi.

Bagaimana saya tahu bila sudah tiba masa bersalin?


Bagaimana saya tahu saya sudah mahu bersalin?

Simpton mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah mustahil. Ia adalah satu proses apabila perubahan fisiologi dalam badan anda bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi. Jika anda memang mahu bersalin, satu atau lebih daripada lima perkara berikut akan berlaku:

1. Serviks anda akan menjadi nipis dan lebih lembut (pemendekkan) dan mengembang – sehingga 10 sentimeter.

2. Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

3. Anda mungkin akan mengalami sakit di sebelah bawah belakang dan kekejangan seperti kekejangan prahaid.

4. Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang perlahiran – atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Walau bagaimanapun, ia adalah tanda yang anda menuju ke arah itu.

5. Air ketuban anda pecah tetapi hanya jika diikuti dengan kontraksi.

Bila saya perlu menghubungi doktor saya?

Anda dan doktor anda mungkin telah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anda dalam perlahiran. Tetapi jika anda rasa bahawa telah tiba masanya, jangan malu untuk menghubungi doktor anda. Doktor selalu mendapat panggilan daripada wanita yang kurang pasti sama ada mereka berada dalam keadaan perlahiran atau tidak dan mereka yang memerlukan panduan – ia adalah sebahagian daripada tugas mereka. Doktor anda boleh tahu dari nada dan intonasi suara anda, jadi komunikasi lisan akan membantu. Doktor anda perlu tahu jarak masa kontraksi anda, sama ada anda boleh bercakap semasa kontraksi dan sebarang simptom yang ada.

Jika air ketuban anda pecah atau jika anda merembeskan cecair amnion, hubungi doktor anda dengan segera. Anda perlu memberitahunya jika bayi anda kurang bergerak atau sama ada anda mengalami sebarang pendarahan vagina (kecuali jika ia hanya mukus bercampur darah dalam jumlah yang sedikit), demam, sakit kepala yang teruk, perubahan dalam penglihatan anda atau kesakitan abdomen.

BabyCenter mempunyai senarai simptom kehamilan yang lain yang tidak boleh anda abaikan sekiranya terdapat perkara lain yang merisaukan anda.

Apa yang perlu saya lakukan pada awal perlahiran?

Semasa awal perlahiran, adalah penting untuk minum banyak cecair. Selang-selikan di antara berjalan dan berehat atau cuba mengambil mandian panas untuk melegakan sebarang kepedihan dan kesakitan. Jika boleh, cuba berehat sebagai persediaan untuk perlahiran nanti.

Bolehkan saya mengalami kontraksi tetapi bukan dalam perlahiran?

Ya. Anda mengalami perlahiran palsu jika serviks anda tidak mengembang (doktor anda akan memberitahu anda semasa pemeriksaan), kontraksi adalah tidak menentu dan tidak begitu kuat dan sebarang kesakitan yang anda rasa di bahagian abdomen atau belakang mudah dilegakan dengan mandian panas atau urutan.

Seorang ibu yang kami kenali mengalami kontraksi yang kuat selama tiga hari sebelum dia betul-betul dalam perlahiran. Walaupun kontraksinya adalah sakit, ia berlaku tidak menentu dan tidak boleh dijangka, iaitu ia berlaku pada setiap lima minit, tujuh minit, lapan minit, kemudian lima minit dan akhirnya pada setiap lapan minit. Selepas air ketubannya pecah, dia menangis kelegaan, dengan harapan bahawa dia telah berada dalam perlahiran. Betul, dia memang dalam perlahiran.

Bolehkan saya tahu jika perlahiran akan berlaku dalam masa terdekat?

Mungkin. Walaupun anda mungkin tidak sedar semua perkara yang berlaku, badan anda telah membuat persediaan bagi perlahiran sehingga sebulan sebelum perlahiran. Apabila perlahiran bermula, serviks telah mula mengembang dan menipis bagi sesetengah wanita.

Tanda-tanda pelahiran yang lain termasuk:
  • ringan (apabila kepala bayi mula ke bawah di pelvis anda);
  • pertambahan lelehan vagina (walaupun selalunya memang terdapat pertambahan semasa kehamilan);
  • pendarahan sedikit (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur darah);
  • dan kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.

9 Dec 2011

BILA HATI MULA MATI... TANDA-TANDA HATI KITA MATI








Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah :

1) Mengaku kenal Allah swt, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya

2) Mengaku cinta kepada Rasulullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda

3) Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya

4) Memakan nikmat-nikmat Allah swt, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya

5) Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya

6) Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya

7) Mengaku adanya siksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya

8) Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya

9) Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri

10) Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya

Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitulah juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya.

Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri. Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah ( berzikir ).

Firman Allah:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَتَطۡمَٮِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ أَلَا بِذِڪۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَٮِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ (٢٨)

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,

"...dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Zat yang Memiliki mu."

Hati merupakan tempat yang lembut, rahmat, kasih sayang dan lain-lain. Apabila kita mengisi hati kita dengan banyak zikrullah, nescaya ia memenuhi rahmat dan kasih sayang.

Hati merupakan anggota yang menentukan segala permasalahan hidup. Jika ia dimakmurkan dengan keyakinan dan iman, sudah tentu segala anggota akan mengikut dengan penuh keimanan. Untuk kita melihat betapa kuat, kuasa dan luasnya hati dengan keimanan, Allah Taala menjelaskannya dalam Surah az-Zumar ayat 23 yang bermaksud:

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِيثِ كِتَـٰبً۬ا مُّتَشَـٰبِهً۬ا مَّثَانِىَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّہُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَہۡدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ۚ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ (٢٣)

"Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya."

Itulah petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia menunjukkan siapa yang yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang disesatkan Allah, maka tidak ada seorang pun pemberi petunjuk baginya.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:

"Ketahuilah bahawa pada jasad terdapat segumpal darah, apabila elok nescaya eloklah seluruh jasad dan apabila rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah bahawa itulah hati."

Kalaulah begitu, hati merupakan tempat cahaya keyakinan dan keimanan. Sebagaimana iman boleh bertapak dalam hati, begitu juga kekerasan dan kekufuran juga boleh bertapak dalam hati. Hati yang lupa untuk berzikrullah akan menjadi keras, kenapa? Ini kerana ia beriktikad bahawa tiada di sana kecuali kehidupan dunia sahaja dan maddi(kebendaan).

Justeru, ia cuba mendapatkannya semampu mungkin dan dengan apa cara sekalipun sehingga melangkaui hak-hak dengan melakukan kezaliman, kerosakan dan mengambil hak mereka yang daif. Inilah puncanya.

UNTUK RENUNGAN KAUM ADAM & HAWA....






Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calon idaman hatinya. Ini kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan dapat memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya kelak....

Yang harus cerewet pastinya adalah Wanita. Ini kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbingnya dengan baik didunia untuk dibawa bekalan di akhirat kelak...

Ini kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum...

Jika betul IMAMnya, maka betullah MAKMUMnya... Insya-Allah...

LINKWITHIN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nera Af9 - Hatimu Milikku (lagu Baru)